Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

PTPTN Bantu Kurang Mampu...

KUALA LUMPUR - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah manifestasi hasrat Perdana...

AS Guna Isu Uighur...

JABATAN Negara Amerika Syarikat pada Selasa menunjukkan perhatian pada apa yang disifatkan sebagai...

Wanita Bakar Diri Kerana...

SEORANG wanita telah membakar dirinya sendiri kerana berang dengan tindakan suaminya yang melarangnya...

Jemaah Indonesia Selawat Tunggu...

MAKKAH - Baru sahaja tadi kita digemparkan dengan berita mengenai hujan lebat beserta...

Leonardo DiCaprio Dedah Pertemuan Dengan Jho Low

WASHINGTON: Pelakon Hollywood, Leonardo DiCaprio hadir memberi keterangan pada perbicaraan kes rasuah membabitkan seorang artis kumpulan hip-hop dan ahli perniagaan warga Malaysia yang kini dalam buruan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pelakon filem Titanic itu menjadi saksi dalam perbicaraan Prakazrel ‘Pras’ Michel, anggota kumpulan muzik, The Fugees yang didakwa membantu menyalurkan wang secara rahsia daripada Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low bertujuan mempengaruhi politik Amerika Syarikat (AS).

Dalam keterangannya, DiCaprio mendedahkan mengenai parti mewah dianjurkan oleh Jho Low yang didakwa menggunakan wang daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pelakon berusia 48 tahun itu hanya dipanggil untuk memberi keterangan oleh pihak pendakwaan dan tidak dituduh melakukan kesalahan dalam kes penyelewengan terbesar itu.

DiCaprio mendedahkan bahawa Jho Low juga menganjurkan sejumlah parti mewah dengan pelbagai individu dari seluruh dunia di atas bot dan kelab malam selain kerap membabitkan kehadiran selebriti termasuk Michel.

Menurut DiCaprio, dia dan Jho Low pertama kali bertemu pada 2010 di sebuah parti di Las Vegas namun mengakui tidak begitu mengingati apa yang berlaku pada hari berkenaan.

Beliau kemudian kerap dijemput menghadiri parti mewah dianjurkan Jho Low termasuk sambutan malam Tahun Baharu di AS yang turut membabitkan kehadiran individu dari Australia yang diterbangkan menggunakan pesawat peribadi.

“Saya difahamkan dia merupakan ahli perniagaan terkemuka dan mempunyai banyak hubungan di Abu Dhabi, Malaysia, semacam keajaiban dalam dunia perniagaan yang sangat berjaya,” katanya.


Menurut DiCaprio, ketika Jho Low menyuarakan minat untuk membiayai filem The Wolf of Wall Street, peguamnya serta seorang detektif menyiasat latar belakang ahli perniagaan tersebut sebelum memberikan persetujuan.

“Saya diberi lampu hijau oleh pasukan saya serta pihak studio untuk menerima pembiayaan Jho Low.

“Ini bermakna pemeriksaan latar belakangnya adalah baik dan dia dilihat sebagai seorang ahli perniagaan yang sah,” katanya.

Selain itu, DiCaprio mendedahkan pernah menerima hadiah daripada Jho Low bagi yayasan alam sekitar.

Namun, DiCaprio mendakwa sudah memutuskan hubungan dengan Jho Low pada tahun 2015 selepas timbul keraguan mengenai kaitannya dengan kehilangan wang berbilion dolar daripada akaun 1MDB.

Sementara itu, DiCaprio menerusi keterangannya turut mendedahkan Jho Low pernah menyatakan secara sepintas lalu bahawa akan memberi sumbangan besar kepada Parti Demokrat.

“Ia melibatkan jumlah besar sekitar AS$20 hingga AS$30 juta (RM88.11 juta hingga RM132.1 juta),” katanya.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori