Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Penonton Cemas Penerjun Terbabas...

SIBU - Para penonton acara terjun Sibu International BASE Jump 2018 yang membanjiri...

Azmin, Penyokong Boikot Hari...

AYER KEROH - Kelibat Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak...

Sungai Kelantan Melimpah, Bandar...

KOTA BHARU - Air Sungai Kelantan melimpah dan mula membanjiri kawasan rendah di...

Tuah Penternak… Udang Krai...

BANGKOK - Seorang penternak berusia 28 tahun, Kanokphum Siriwat mendapat tuah apabila seekor...

Letupan Kedai Mercun Bukan Di Alor Setar

ALOR SETAR : Polis membuka siasatan terhadap satu klip video tular di aplikasi TikTok yang didakwa menularkan berita palsu kononnya berlaku letupan kedai menjual mercun di bandar raya ini, semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Kominisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, pihaknya turut menerima satu laporan polis berhubung penyebaran berita palsu tersebut kira-kira pukul 11.30 malam tadi.

“Laporan itu dibuat bagi menafikan bahawa kejadian itu berlaku di Alor Setar. Sebaliknya kejadian itu berlaku di kawasan lain iaitu di kawasan pentadbiran Balai Polis Bahau, Negeri Sembilan,” katanya dalam kenyataan.

Klip video memaparkan kejadian itu yang dikongsikan melalui aplikasi TikTok setakat ini sudah dikongsi lebih 55,000 kali dan mengundang lebih 18,000 komen setakat pagi ini.

Difahamkan, kejadian itu berlaku beberapa tahun lalu dan bukannya terjadi pada Ramadan tahun ini.


Mengulas lanjut, Ahmad Shukri berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia.

“Jika sabit kesalahan, mereka yang terlibat boleh dihukum penjara hingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. Mereka juga boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Tambahnya, orang awam dinasihati agar tidak sewenang-wenangnya menularkan berita palsu yang akan menyebabkan ketakutan dan rasa gentar terhadap masyarakat.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori