Tuesday, October 29, 2024

Creating liberating content

Suami Kecewa Isteri Enggan...

SEORANG suami yang kecewa kerana isterinya enggan melayan tuntutan batinnya sejak sedekad lalu,...

Bukan Setiap Rakyat Malaysia...

Ramai orang menyebut tentang cukai pendapatan. Tatkala menyebut cukai pendapatan dalam fikiran mereka...

Permohonan Batal Saman Puncak...

SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 22 Februari ini...

Peminat Iceland Ketawa Terbahak-Bahak...

SEORANG peminat pasukan Iceland dirakam ketawa terbahak-bahak di dalam sebuah kereta api setelah...

Malaysia Berharap Tunisia Beri Ihsan Kepada Rached Ghannouchi

PUTRAJAYA: Kerajaan Malaysia berharap agar pihak berkuasa Tunisia dapat memberi layanan sewajarnya kepada pemimpin politik terkenal negara itu, Rached Ghannouchi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menurut Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir menerusi kenyataan, Malaysia menzahirkan kebimbangan susulan perkembangan mutakhir di Tunisia pada ketika ini.

“Melihat kepada tahap kesihatan dan umur tokoh tersebut, kami berharap agar diberi pertimbangan khas dan belas ihsan menjelang akhir bulan Ramadan mulia ini,” jelasnya.

Isnin lalu, dunia gempar apabila pasukan polis Tunisia bertindak menahan Rached, 82, yang juga pengasas dan pemimpin utama, Ennahda di kediamannya di ibu kota Tunis.

Bekas Speaker Dewan Perwakilan Rakyat Tunisia itu antara beberapa individu berprofil tinggi ditangkap kerana dipercayai amat lantang mengkritik keras Presiden Kais Saied.

Beliau kemudian dihantar ke penjara El Aouina di timur Tunis dan polis melarang parti berkenaan daripada mengadakan sebarang bentuk aktiviti termasuk sesi sidang akhbar.

Malahan semalam, pihak polis khas turut menyerbu ibu pejabat Ennahda dan markas parti politik berhaluan Islam sederhana itu di seluruh negara rantau utara Afrika tersebut.


Rached yang pernah dijangkiti wabak Covid-19 pada 2021 mempunyai hubungan istimewa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam gerakan Islam moderat.

Bahkan tokoh reformasi demokrasi Islam dan penentang pergerakan keras Hizbut Tahrir itu pernah mengutuskan tahniah atas kemenangan Pakatan Harapan pada tahun lalu.

Mengulas lanjut, Zambry berkata, meskipun isu Racheed merupakan perkara dalaman negara tersebut, namun Malaysian melahirkan kegusaran terhadap senario yang berlaku.

“Malaysia berharap supaya perdamaian dan konsensus nasional akan menjadi jalan ke arah membawa kemajuan dan kemakmuran kepada rakyat Tunisia sendiri,” jelas beliau.

Malaysia dan Tunisia menjalinkan hubungan diplomatik sejak 1957 namun tidak memiliki kedutaan di Tunis kecuali cuma bertaraf pejabat Konsulat Kehormat di ibu negaranya.

Urusan itu sebaliknya dikendalikan Kedutaan Malaysia di Algeria yang ditauliahkan untuk Tunisia, manakala Kedutaan Tunisia di Indonesia pula diakreditasi untuk Malaysia.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori