Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Zahid Memang Jutawan Sebelum...

SHAH ALAM - Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa mempertikaikan isu kenderaan...

Penduduk Marawi Kembali ‘Bernyawa’...

MARAWI - Seorang penduduk, Khaliluddin Ismail pulang ke rumahnya di bandar ini pada...

Syed Saddiq Arah Agih...

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mendengar bahawa Syed Saddiq Syed Abdul Rahman...

Krisis Makin Meruncing, Hadi...

APABILA disogok pertanyaan tentang masa depan Pakatan Rakyat, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi...

Malaysia Mohon Mendarat Di Sudan

KUALA LUMPUR: Malaysia sudah menghubungi pentadbiran tertinggi Sudan, bagi memohon kelulusan lintas udara dan mendarat di negara itu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, berkata permohonan itu dibuat bagi proses membawa keluar rakyat Malaysia yang masih terkandas di Sudan.

Katanya, Malaysia juga mempertimbang beberapa pilihan lain bagi memindahkan rakyat Malaysia dari negara bergolak itu.

“Kita sedang menggunakan saluran diplomatik pelbagai negara bagi menangani isu ini secara bersama.

“Usaha untuk berunding dengan pihak yang bertelagah bagi memberi laluan kepada usaha membawa keluar rakyat Malaysia terus berjalan,” katanya kepada BH, di sini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan media antarabangsa Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Sudan melanjutkan penutupan ruang udara negara itu sehingga 30 April.

Seramai 32 rakyat Malaysia dilaporkan berada di Sudan iaitu di tujuh tempat berbeza dan dalam keadaan selamat.


Jumaat lalu, dua rakyat Malaysia yang berada di negara itu, dibawa keluar dan dipindahkan ke tempat selamat.

Berdasarkan laporan media antarabang, semakin banyak negara asing memaklumkan bersiap sedia untuk pemindahan ribuan lagi rakyat mereka, walaupun lapangan terbang utama Sudan masih ditutup.

Sehingga kini, kumpulan pertama lebih 150 warga pelbagai negara yang dibawa keluar dari Sudan tiba di Arab Saudi semalam, ketika pertempuran di antara tentera dan kumpulan separa tentera di Sudan memasuki minggu kedua.

Korban akibat pergolakan perebutan kuasa di Sudan sehingga kini meningkat kepada lebih 400 orang, manakala 3,500 lagi cedera, berdasarkan maklumat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Konflik di Sudan tercetus 15 April lalu, akibat pertempuran membabitkan Angkatan Tentera Sudan dan Pasukan Sokongan Pantas (RSF).

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori