Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Ketua Menteri Minta Pemain...

KUALA LUMPUR - Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Idris Haron berharap pemain...

Video ‘British Accent’ Kena...

BARU sahaja selesai majlis pertunangannya bersama dengan pilihan hati pada awal bulan lalu,...

Tahniah! Isteri Hafiz Suip...

TAHNIAH diucapkan buat penyanyi Hafiz Suip yang dikhabarkan bakal menimang cahaya mata sulung...

MBK Sedia Tambah Anggota...

KUANTAN : Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) bersedia menambah anggota Unit Rondaan Berbasikal sekiranya...

‘Muhyiddin Tawar Khairy Bertanding Atas Tiket Bersatu Dalam PRN’

Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin menawarkan Khairy Jamaluddin untuk bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang dengan syarat bekas pemimpin Umno itu menyertai Bersatu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Penerangan Bersatu Razali Idris, berkata tawaran itu dibuat ketika Khairy berkunjung ke rumah Muhyiddin selepas dipecat daripada Umno.

“Dalam pertemuan itu, Muhyiddin menawarkan kepada Khairy untuk bertanding atas tiket Bersatu dalam PRN jika beliau masih berminat dalam politik.

“Bagaimanapun, terdapat beberapa syarat ditetapkan antaranya beliau perlu menghantar borang sebagai ahli Bersatu terlebih dahulu dan kerusi yang ditandinginya akan ditentukan oleh pucuk pimpinan Perikatan Nasional (PN),” katanya yang dipetik oleh Utusan Malaysia, hari ini.

Khairy, yang adalah bekas menteri kesihatan, masih belum menjawab tawaran Muhyiddin dan telah meminta sedikit masa untuk membuat keputusan, tambahnya.

Razali, yang juga pengerusi Bersatu Terengganu, berkata dia secara pribadi mengalu-alukan dan terbuka menerima Khairy sebagai ahli Bersatu berdasarkan reputasi bekas menteri itu dalam politik.

“Bagaimanapun, KJ perlu akur dengan keputusan parti untuk meletakkan beliau di mana, sama ada di Selangor atau Negeri Sembilan,” katanya.


Razali berkata Bersatu juga sedia membuka ‘pintu’ parti kepada mana-mana bekas pemimpin Umno yang dikenakan tindakan jika mereka mampu memantapkan lagi parti tersebut.

“Seperti kita sedia maklum, ramai pemimpin Umno yang dikenakan tindakan dipecat keahlian daripada parti berkenaan.

“Jika mereka mampu memantapkan lagi Bersatu tiada salahnya untuk mereka sertai,” katanya.

Pada 28 Januari lalu, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno yang dipengerusikan oleh presiden parti, Ahmad Zahid Hamidi memecat 44 ahli, termasuk Khairy dan bekas pengerusi Umno Selangor Noh Omar.

Sebilangan pemimpin Umno lain turut dikenakan hukuman penggantungan selama enam tahun. Tiada alasan diberikan untuk tindakan itu.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori