Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

PN Kedah Miliki Majoriti...

SUNGAI PETANI - Perikatan Nasional (PN) Kedah kini mempunyai majoriti mudah bagi membentuk...

Naib Juara Piala Malaysia...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah mencemar duli...

Saksi Sakit, Perbicaraan Kes...

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Ab Samad yang...

Video: Iklan Merdeka Maxis...

MENJELANG sambutan ulang tahun ke-57 hari kemerdekaan negara yang bakal disambut Ahad ini,...

Pemandu Lori Didenda RM30,000 Miliki Diesel Bersubsidi

JOHOR BAHRU – Seorang pemandu lori didenda RM30,000 setelah mengaku salah atas kesalahan memiliki 1,450 liter minyak diesel bersubsidi di Mahkamah Syesen di sini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Moo Yit Lim, 32, membuat pengakuan berkenaan di hadapan Hakim Mahkamah Seksyen, Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim dengan dibantu jurubahasa dalam bahasa Mandarin.

Berdasarkan kepada kertas siasatan, Moo Yit didapati meletakkan minyak diesel berkenaan dalam dua tong plastik di bahagian belakang lorinya.

Atas perbuatan itu, Yit Lim telah melakukan kesalahan di bawah Peraturan 3 (1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974, iaitu berurusan dengan barang kawalan berjadual secara borong atau runcit tanpa lesen.

Mengikut fakta kes, Yit Lim ditahan dalam satu serbuan polis pada hari kejadian dan pemeriksaan yang dijalankan telah menemui dua buah tong plastik yang mengandungi cecair disyaki diesel berada di bahagian belakang lori tersebut.

Siasatan lanjut mendapati, Yit Lim telah menyewa lori tersebut daripada sebuah syarikat selama 11 hari dengan bayaran RM150 sehari dan telah melakukan pengubahsuaian pada kenderaan tersebut.


Pemeriksaan yang dilakukan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendapati terdapat sambungan paip dari tangki utama kenderaan ke tangki bahan api tambahan pada kenderaan.

Pemeriksaan lanjut pula menemukan kunci dan resit pembelian minyak diesel dari pelbagai stesen minyak.

Bagaimanapun, Yit Lim gagal mengemukakan sebarang lesen atau permit membolehkannya menyimpan dan menguruskan minyak diesel berkenaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN), Muhamad Sabiq Muhamad Subri dan Raja Nor Iklas Raja Ariff, sementara Yit Lim tidak diwakili peguam.

Hakim turut memerintahkan, lori Daihatsu dan baki jualan diesel bernilai RM3,480 di dalam lori terbabit dilucutkan hak kepada Kerajaan Malaysia.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori