Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

177 Peniaga Dikompaun Gagal...

MELAKA - Sebanyak 177 peniaga di seluruh negara dikompaun berjumlah RM22,364 kerana gagal...

Cristiano Ronaldo Beritahu Rakan...

CRISTIANO Ronaldo sedang melihat peluang perpindahan musim panas dari Real Madrid dan dilaporkan...

Rakyat Johor Peluang DAP...

KUALA LUMPUR - Rakyat Johor akan menjadi penentu kepada usaha pembangkang bagi menumbangkan...

Penyamun Gemuk, Rongak, Pakai...

BAGAN SERAI - Seorang lelaki gempal bergigi rongak serta berkopiah, dipercayai mendalangi beberapa kegiatan...

Peranan Media Dihargai, Menghubung Dasar Kerajaan Dengan Rakyat

Jalinan kolaborasi di antara agensi kerajaan dan pengamal media penting agar dasar yang digubal dapat disampaikan kepada rakyat dengan tepat, sahih dan difahami.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Sehubungan itu, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah meraikan 170 orang pengamal media cetak, elektronik dan atas talian (online) bagi menzahirkan penghargaan atas segala sumbangan dan kerjasama mereka melalui Majlis Tautan Kasih Bersama Media yang diadakan di sebuah hotel di Petaling Jaya hari ini.

YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi telah hadir memeriahkan majlis dan meluangkan masa beramah mesra bersama para pengamal media yang hadir. YBhg. Dato’ Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha KPT; pegawai-pegawai kanan Bahagian dan ketua-ketua Jabatan/Agensi di bawah KPT; serta Naib-naib Canselor dari universiti-universiti sekitar Lembah Klang turut juga hadir ke majlis ini.

Pada majlis itu juga, KPT melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah memberi sumbangan dalam bentuk akaun Simpan SSPN Prime yang bernilai RM1,000 kepada 10 orang anak-anak pengamal media yang cemerlang dalam pendidikan dan kurang berkemampuan.

Simpan SSPN menawarkan pelbagai keistimewaan seperti pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000 setahun, perlindungan takaful ke atas pendeposit, Geran Sepadan sehingga RM10,000 untuk satu keluarga yang layak, dividen yang kompetitif serta simpanan yang dijamin kerajaan dan patuh syariah.


Sumbangan Simpan SSPN Prime ini diharapkan dapat meningkatkan motivasi pembelajaran, membantu golongan yang memerlukan dalam aspek pendidikan dan menggalakkan penabungan melalui Simpan SSPN sekali gus meningkatkan imej positif PTPTN sebagai agensi di bawah KPT.

Sempena perayaan Aidilfitri ini, PTPTN turut mengadakan Cabutan WOW! Syoknya Raya yang menawarkan hadiah wang tunai berjumlah hampir RM50,000.00 kepada 23 pemenang bermula 1 Mac sehingga 31 Mei ini. Kempen Ganjaran Kesetiaan Simpan SSPN Prime 2023 pada kadar 1 peratus juga sedang berlangsung sehingga 31 Julai 2023 sebagai ganjaran tambahan selain dividen tahunan.

Pada majlis sama, pihak Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) telah mengadakan perkongsian ilmu mengenai inisiatif pembelajaran sepanjang hayat (PSH), pendidikan fleksibel dan kursus jangka pendek melalui program APEL.A, APEL.C, APEL.Q dan micro-credentials yang ditawarkan oleh IPT bagi membolehkan pihak pengamal media meningkatkan ilmu bagi memenuhi keperluan industri.

Semua jenis APEL ini membolehkan pengalaman lampau individu yang diperoleh melalui pendidikan formal atau tidak formal dinilai seterusnya diiktiraf bagi tujuan akses kemasukan, pemindahan kredit dan pengiktirafan.

Antara kelebihan APEL ialah penjimatan tempoh pengajian dan kos, boleh mendapatkan biasiswa atau pinjaman ketika mengikuti pengajian dan mendapat pengiktirafan setara seperti kelayakan konvensional.

-Mynewshub

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori