Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Wanita Terberanak Tepi Lif...

ALAHAI, bertuahnya si ibu ini. Jika wanita lain terpaksa ambil masa berjam-jam untuk...

Polis Siasat Neelofa, Keluarga...

KUALA LUMPUR - Polis menyiasat selebriti, Noor Neelofa Mohd Noor dan keluarganya yang...

PM Ingatkan Rakyat Tidak...

PEKAN - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan rakyat agar tidak...

Trafik Perlahan Di Lebuh...

KUALA LUMPUR: Aliran trafik pada 1 Syawal menyaksikan beberapa lebuh raya utama mengalami...

PM Tak Arah Sivakumar Ambil Cuti

Putrajaya : Tiada arahan daripada Perdana Menteri meminta Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar yang dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengambil cuti.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Sivakumar semalam dipanggil ke SPRM bagi memberi keterangan berhubung siasatan berkait kelulusan pekerja asing susulan siasatan terhadap seorang pegawai tugas-tugas khas dan penahanan setiausaha sulitnya minggu lalu.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata Sivakumar juga bukan suspek kes sebaliknya hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan.

“Yang pertamanya beliau (Sivakumar) bukan suspek kes ini, beliau beri kerjasama sebagai menteri. Kita masih pantau perkembangan terbabit buat masa ini.

“Setakat ini tidak ada arahan daripada Perdana Menteri untuk Sivakumar mengambil cuti buat masa ini,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Sivakumar hari ini, bagaimanapun menafikan laporan media kononnya kediaman beliau digeledah SPRM semalam.


Terdahulu, media melaporkan SPRM menggeledah pejabat dan kediaman Sivakumar, dikatakan bagi melengkapkan siasatan kes yang sedang disiasat agensi berkenaan.

SPRM sebelum ini dilapor menyerbu pejabat kementerian di Putrajaya Khamis, yang mana seorang pegawai kanan Sivakumar ditahan.

Sehari kemudian, SPRM menahan setiausaha sulit Menteri Sumber Manusia itu berhubung siasatan rasuah itu.

Turut ditahan seorang ahli perniagaan dari Ipoh dalam siasatan dikatakan membabitkan rasuah bernilai RM97 juta.

Difahamkan siasatan SPRM turut bertumpu kepada individu lain dalam kementerian dan agensi berkaitannya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori