Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Tiada Rakyat Malaysia Cedera...

KUALA LUMPUR - Tiada rakyat Malaysia dilaporkan cedera dan terjejas dalam insiden serangan...

“Saya Tak Terasa Hati...

AWAL bulan lalu, bekas peserta program Gegar Vaganza 4 (GV4), Elyana mengeluarkan kenyataan...

Kaka Azraff Akui Tak...

DIBERI peluang berlakon bersama bintang pujaan dari Indonesia, Nicholas Saputra menerusi filem Interchange...

Bekas Tunang Tidak Terkejut,...

PENGAKUAN penyanyi Adira yang mendedahkan telah bergelar isteri kedua kepada seorang Datuk Seri...

Polis Kesan Pemilik Kenderaan Tabur Paku Di Jalan Raya

IPOH – Polis sedang mengesan pemilik kenderaan Nissan Almera dengan nombor pendaftaran AJK 869 bagi membantu siasatan berhubung insiden menabur paku di atas jalan seperti yang tular di sosial media sejak Jumaat.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, insiden berkenaan dipercayai berlaku di kawasan lampu isyarat Jalan Ipoh-Lumut, Pusing dekat Batu Gajah.

“Polis menerima satu laporan polis daripada pengguna jalan raya yang memaklumkan tayar keretanya bocor selepas melalui jalan berkenaan.

“Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah telah membuka kertas siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.


Menurutnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Siti Ramlah Abdullah di talian 016-7676287 atau Bilik gerakan IPD Batu Gajah di talian 05-3654322 atau 05- 3629050.

Sejak Jumaat tular di sosial media satu rakaman video berdurasi 24 saat yang dirakam oleh pemandu kenderaan lain, memaparkan pemandu kereta itu menabur paku di persimpangan jalan raya dari tingkap kenderaan berkenaan.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori