Tuesday, December 17, 2024

Creating liberating content

Bayi Premature Ini Dulu...

LAPAN bulan lalu, ramai doktor di Britain sendiri menjangka seorang bayi pra-matang bernama Millie...

Ambil Kira Juga Kebajikan...

IPOH - Pakej perkhidmatan dan program kebajikan yang dirangka untuk anggota bomba perlu...

Peminat Fanatik Tangkap Nafas...

KALAU dah fanatik sangat tu.. apa-apa pun boleh jadi.Itu yang terjadi terhadap dua...

Cuepacs Bantah Waktu Bekerja...

GEORGE TOWN - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) tidak menyokong cadangan...

Polis Siasat Punca Heroin 336kg Lepas Pemeriksaan Pelabuhan

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengenal pasti bagaimana heroin yang dirampas pihak berkuasa Australia pada 13 Mac lalu, melepasi pemeriksaan di pelabuhan negara ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dadah heroin seberat 336 kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai AUD268.8 juta (RM789.56 juta) itu dipercayai diseludup masuk sebelum diproses untuk pembungkusan dan diseludup keluar ke Brisbane melalui Pelabuhan Klang.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata dalam kes berkenaan Malaysia sememangnya dijadikan transit atau hab oleh sindiket atau kartel dadah bagi tujuan pembungkusan sebelum diseludup ke negara ketiga.

“Macam dadah heroin, kita tahu heroin tu bukannya berasal dari Malaysia, kerana negara kita tidak sesuai untuk dijadikan penanaman pokok popi atas faktor geografi. Namun bagaimana heroin itu boleh dibawa masuk dari luar negara, diproses dan dibungkus semula sebelum dihantar ke negara ketiga?

“Perkara itu yang kita (PDRM) sedang lihat di mana berlakunya kepincangan dan kelemahan penguatkuasaan kita sehingga kita gagal mengesan kejadian ini daripada berlaku.

“Ini juga bererti perjuangan kita dalam membanteras penyeludupan dadah di negara ini masih lagi jauh dan ada banyak lagi yang perlu dipertingkatkan,” katanya pada program Singgah Sahur bersama pegawai dan anggota MPV dan URB, Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini, pagi tadi.

Acryl berkata sebagai seorang Ketua Polis Negara, apa yang amat dikesali adalah bagaimana adanya kelemahan di peringkat penguatkuasaan yang gagal mengesan kemasukan dan keberadaan dadah berkenaan di negara ini.


“Apa yang terkesan bagi kita adalah macam mana kita (pihak berkuasa) boleh terlepas consignment (barang kiriman) yang agak banyak ini sehingga boleh dikesan di negara ketiga. Ini yang kita harus lihat semula iaitu sistem jaringan perkongsian maklumat dan perisikan negara kita.

“Kita tidak mahu lagi perkara seperti ini berulang lagi pada masa hadapan,” katanya.

Sementara itu seorang sumber memberitahu BH, siasatan secara menyeluruh sedang dilaksanakan terhadap pihak berkuasa yang bertanggungjawab atas kejadian penyeludupan dadah berkenaan.

Secara tepat, badan penguatkuasaan yang harus dipertanggungjawabkan dalam kejadian ini adalah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang mempunyai kuasa sepenuhnya mengawasi setiap kemasukan dan pengeluaran kontena di pelabuhan.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan bahawa kejadian berkenaan adalah sesuatu perkara yang amat mengaibkan negara.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori