Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Budak Tercampak: Pemandu Myvi...

REMBAU - Seorang lelaki direman 3 hari bagi membantu siasatan kes kemalangan sehingga...

MOF Pantau Untuk Permudahkan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan memberi jaminan akan memantau proses permohonan moratorium bersasar...

How-to Produce a Story

Although illustrative documents are significantly more available buy essay online to imagination, you...

Makam Purba 4,400 Tahun...

KAHERAH - Sekumpulan ahli arkeologi Mesir menemui makam milik seorang pendeta yang dianggarkan...

Polis Siasat Video Martabak Perisa ‘Air Ludah’

LABUAN: Polis membuka kertas siasatan berhubung satu rakaman video menunjukkan seorang lelaki seakan-akan meludah ke atas adunan martabak yang sedang digaulnya di sebuah sebuah gerai bazar Ramadan di sini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Video berdurasi 12 saat yang dikenalpasti berlaku di bazar Labuan Walk, di sini, tular di media sosial sejak 19 April lalu dan mendapat kecaman pelbagai pihak.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Ahmad Jawila berkata pihaknya sudah pun menerima tiga laporan berhubung rakaman video yang tular itu.

“Melalui rakaman itu, seorang lelaki dinyatakan sebagai penjual martabak perisa air ludah di Bazar Labuan Walk telah ditonton dan mendapat kecaman daripada pelbagai pihak yang tidak senang dengan kejadian itu.


“Kes disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad menasihatkan orang ramai supaya tidak sewenang-wenangnya menyebarkan video atau sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan kegusaran terhadap masyarakat.

“Sekiranya ada mana-mana pihaknya yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian ini, diminta tampil membantu siasatan atau menghubungi pegawai penyiasat kes Asisten Superintendan Mohd Kennedy Mat Jusoh di talian 087-412222,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori