Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Gambar Kereta Guan Eng...

GEORGETOWN - Kereta Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sekali lagi mendapat...

48 Orang Disahkan Maut...

TEHRAN - Pesawat penumpang Iran terhempas ketika sedang berlepas di Lapangan Terbang Mehrabad,...

Banjir: DBKL Siap Sedia...

KUALA LUMPUR : Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) siap sedia bagi menghadapi sebarang...

Empiang Ingatkan Wanita PBB...

KUCHING - Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) Tan Sri Empaing...

Polis Tahan Pengasuh Disyaki Dera Dua Kanak-kanak

PETALING JAYA: Polis menahan seorang wanita yang disyaki mendera dua kanak-kanak asuhannya berusia tujuh dan empat tahun di kediamannya di Seri Kembangan, Serdang dekat sini, semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pihak berkuasa menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan mewakili sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Selasa lalu selepas pengadu menerima aduan berhubung penderaan itu daripada orang awam.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner AA Anbalagan berkata, suspek seorang wanita tempatan berusia 24 tahun adalah kenalan kepada ibu mangsa yang bekerja di Singapura.

Katanya, pengadu cuba mengesan ibu mangsa iaitu seorang perempuan tempatan dan selepas dihubungi, wanita itu meminta bantuan seorang rakannya bersama-sama pengadu untuk mengambil anaknya dari rumah pengasuh.


“Didapati terdapat kesan lebam dan dirotan di seluruh badan kedua-dua mangsa dan dibawa ke Hospital Klang bagi mendapatkan rawatan. Kejadian itu turut tular selepas satu klip video berbahasa Tamil berdurasi dua minit 58 saat memaparkan kecederaan dialami mangsa dimuat naik seorang pengguna TikTok,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kanak-kanak itu dihantar oleh ibu mereka ke rumah suspek sekitar bulan Mac sebelum ke Singapura untuk bekerja.

Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sudah dimaklumkan berhubung kejadian itu. Kedua-dua mangsa dibenarkan keluar dari hospital semalam,” katanya.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori