Tuesday, October 29, 2024

Creating liberating content

Malaysia, Kanada Kukuh Kerjasama...

KUALA LUMPUR - Malaysia dan Kanada bersetuju untuk terus memperkukuh dan menyelaras industri...

Pekerja Binaan Maut Ditimpa...

GEORGETOWN - Seorang pekerja binaan warga Bangladesh maut selepas ditimpa runtuhan dinding konkrit...

SPRM Tidak Telefon Individu...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghubungi mana-mana pihak menerusi...

2,340 Kes Baru Covid-19,...

Sebanyak 2,340 kes jangkitan baru Covid-19 direkodkan di seluruh negara semalam.Ikuti Mynewshub: TelegramBerdasarkan data...

Ramai Teruja Lihat Gerhana Matahari Hibrid Selepas 10 Tahun

PETALING JAYA – Orang ramai dilihat teruja ketika menyaksikan fenomena gerhana matahari separa atau dikenali sebagai Gerhana Matahari Hibrid yang berlaku bermula 11 pagi hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Fenomena alam itu dianggarkan terjadi sekali setiap dekad yang mana kedua-dua jarak bulan dan matahari dengan bumi perlu berada pada kedudukan spesifik bagi membolehkan ia berlaku dengan beberapa kriteria.

Tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati, ramai berkongsi gambar Gerhana Matahari Hibrid yang diambil serta antara keajaiban berlaku sewaktu fenomena tersebut muncul.

Menerusi hantaran di Facebook, Olive House Malaysia, fenomena alam itu berjaya dirakam oleh pasukan Creative Content dan Social Media Olive House sekitar pukul 11.58 pagi di Pejabat Ampang Business Centre, Alor Setar, Kedah.


Sementara itu, pengguna Facebook, Hakim Darno juga berkongsi gambar memaparkan telur ayam yang berkedudukan tegak kesan daripada berlakunya gerhana matahari separa.

“Subhanallah. Antara kesan daripada Gerhana Matahari, telur berdiri,” katanya.

Sehubungan itu, tanda pagar Gerhana Matahari Hibrid (#Gerhanamataharihibrid) sohor kini di platform Twitter dan Facebook.

Kosmo-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori