SHAH ALAM: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan RM35 juta bagi memperluas pelaksanaan Program Kita-Untuk-Kita ( K2K) di 10 Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kuala Lumpur dan Selangor.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Peruntukan itu memboleh program K2M dilaksanakan secara berperingkat sehingga 2024.
Perdana Menteri berkata, program K2K juga akan membabitkan usahasama dengan Kerajaan Negeri Selangor.
“Insya-Allah, ikhtiar ini pastinya dapat memberi manfaat kepada lebih 50,000 warga PPR untuk menikmati kehidupan yang lebih sejahtera termasuk PPR Kampung Baru Hicom ini,” katanya berucap melancarkan program K2K di sini, hari ini.
K2K itu dilaksanakan di bawah Inisiatif Belanjawan 2023 yang bertujuan meningkatkan daya huni perumahan awam.
Program itu juga memangkin sokongan terhadap komuniti perumahan awam dan pengurusan bangunan bagi menangani cabaran sosial, ekonomi dan fizikal malalui empat cabag kritikal pemerkasaan komuniti, pengurusan bersama komuniti, menambah baik penjanaan pendapatan dan reformasi dasar yang dimulakan di Kuala Lumpur dan diperluaskan ke Selangor.
Hadir sama, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
berita lanjut menyusul
BHonline-