Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Celcom Tawar iPhone 7...

KUALA LUMPUR - Celcom Axiata Bhd akan menawarkan model iPhone paling canggih dan...

Kegiatan Lanun, Rompakan Laut...

 PUTRAJAYA - Sejak mengambil alih kawalan kawasan perairan dan wilayah pantai Malaysia 11...

Van Damme Contohi Cara...

LOS ANGELES - Aksi lincah dan lasak aktor terkenal Jean Claude Van Damme...

Isu Harga Sayuran, Ayam...

KUALA LUMPUR : Isu kenaikan harga makanan, khususnya sayur-sayuran dan ayam menghangatkan sesi...

Saman Gagal Pamer Cukai Jalan Sudah Dibatalkan

PETALING JAYA : Siasatan dalaman akan dilakukan terhadap anggota polis peronda yang mengeluarkan saman terhadap individu gagal mempamerkan cukai jalan dalam kejadian di Jalan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, di sini, pada Ahad lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata pihaknya mengesan satu hantaran yang dimuat naik seorang individu di Facebook berhubung gambar memaparkan saman polis yang dikeluarkan terhadapnya.

“Semakan dilakukan mendapati saman itu dikeluarkan oleh anggota polis peronda pada 16 April lalu atas kesalahan gagal mempamer cukai jalan di lokasi berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohamad Fakhrudin berkata, arahan sudah dikeluarkan kepada petugas di lapangan untuk tidak mengeluarkan saman berkaitan kesalahan tidak mempamer lesen kenderaan motor.


“Ia selepas arahan dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan melalui menterinya, Anthony Loke pada 10 Februari lalu.

“Siasatan dalaman akan dibuat ke atas anggota terbabit di atas kecuaian dilakukan dan kami juga sudah membatalkan saman berkenaan,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori