Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Perghh.. Anjing Hidup Mewah...

INGATKAN Instagram Rich Kids je ada...tak sangka pulak wujud 'Rich Dogs Of Instagram'!Jika sebelum...

Rezeki Belanja RM156, Pelancong...

DENGAN hanya berbekalkan pembelian minimum sebanyak S$50 (RM156), siapa menyangka ia membawa tuah...

Polis, Tentera Indonesia Siasat...

JAKARTA: Polis dan tentera Indonesia membuka kertas siasatan berhubung sindiket membawa pendatang asing...

Bot Bawa 100 Pendatang...

SABAK BERNAM – Sebuah bot yang dipercayai membawa kira-kira 100 orang pendatang asing...

Segera Lapor JTK Jika Ada Tunggakan Gaji – MTUC

KUALA LUMPUR : Pekerja kontrak perkhidmatan kerajaan, terutamanya pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan digesa membuat laporan kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK), terutamanya perkara yang membabitkan tunggakan gaji.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Kamarul Baharin Mansor, berkata laporan berkenaan termasuk perkara yang membabitkan isu pembayaran pelarasan kadar gaji minimum RM1,500 yang telah dilaksanakan sejak 1 Mei tahun lalu.

“Perkara itu adalah hak mereka, jadi mereka boleh menuntut hak mereka di JTK, sebelum pihak JTK akan melakukan proses perbicaraan kes berkenaan.

“Bagaimanapun, masalah utamanya adalah isu berkenaan sudah diketahui oleh JTK dan kementerian yang berkaitan. Sepatutnya perkara terbabit tidak perlu dilengah-lengahkan oleh dua pihak berkenaan untuk menyelesaikan isu itu,” katanya kepada BH di sini.

Kamarul Bahrin berkata, sebelum ini MTUC pernah menghantar surat kepada Kementerian Sumber Manusia (KSM), Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk melakukan perjumpaan dan membincangkan isu yang berkaitan pekerja berkenaan.

“MTUC juga sudah mencadangkan KSM untuk mempengerusi meja bulat bagi membincangkan bagaimana mahu menyelesaikan isu berkenaan.


“Bagaimanapun, sehingga hari ini masih tiada sebarang usaha ke arah itu (perbincangan). Kesabaran MTUC ada batasnya. Jika mereka tidak memanggil MTUC untuk berbincang dalam tempoh masa dua minggu lagi, kami terpaksa melakukan sesuatu,” katanya.

Katanya, MTUC tidak mahu perkara berkenaan menjadi lebih buruk pada masa akan datang serta tidak mahu pekerja terbabit yang rata-ratanya daripada golongan B40 berasa bahawa diri mereka terus ditipu.

“MTUC akan mengambil jalan sebaik mungkin bersama kerajaan di bawah kelolaan KSM dengan mengambil inisiatif untuk mengadakan perbincangan segera terhadap perkara berkenaan,” katanya.

Sebelum ini, MTUC menggesa kerajaan menyediakan data kontraktor culas bagi menyelesaikan isu pembayaran pelarasan kadar gaji minimum, termasuk tunggakan secara terus kepada pekerja yang terkesan.

Katanya, tunggakan gaji setiap pekerja kontrak dalam perkhidmatan kerajaan terdiri daripada pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan mencecah RM3,600, sejak kadar gaji minimum baharu RM1,500 dilaksanakan 1 Mei lalu.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori