Sempena dengan cuti panjang sambutan Hari Raya Aidilfitri ini, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) menyarankan kepada semua pembayar cukai untuk terlebihdahulu menyemak status tunggakan cukai dan sekatan perjalanan masing-masing sebelum merancang sebarang perjalanan percutian ke luar negara.
Ikuti Mynewshub:Ā Telegram
Untuk makluman, sekatan perjalanan merupakan tindakan terakhir yang boleh dikenakansekiranya pembayar cukai masih lagi gagal membuat bayaran terhadap baki cukai yang tertunggak (individu dan syarikat) selepas pelbagai peringatan dan notis telah diberikan.
Untuk tindakan awal, pembayar cukai boleh menyemak status tunggakan cukai mereka melalui portal MyTax yang boleh dicapai melalui pautan https://mytax.hasil.gov.my/ selain semakan sekatan perjalanan di laman web Jabatan Imigresen Malaysia di https://sspi.imi.gov.my/sspi/.
HASiL sentiasa terbuka untuk membantu pembayar cukai dan komited untuk menjadi pemudah cara perkhidmatan percukaian menerusi tiga pendekatan utama iaitu Awareness, Education, Services (AES) sebagai rakan strategik yang erat mendekati
rakyat.
Oleh itu, pembayar cukai adalah dinasihatkan untuk tampil ke pejabat HASiL untuk berbincang dan berunding bagi mencari jalan penyelesaian terbaik kepada permasalahan yang dihadapi.
Sekiranya pembayar cukai mempunyai tunggakan cukai dan dikenakan sekatan perjalanan, mereka adalah dimohon untuk membuat bayaran atau menghubungi pejabat HASiL yang mengendalikan fail cukai mereka untuk tujuan rundingan bayaran ansuran bagi membolehkan mereka meneruskan perjalanan ke luar negara. Bagi tujuan pembayaran tunggakan cukai pendapatan, bayaran cukai boleh dibuat melalui:
ļ· Portal MyTax melalui Perkhidmatan ezHasil > ByrHASiL atau pautan terus https://byrhasil.hasil.gov.my/; atau
ļ· Portal perbankan internet bank komersial yang dilantik sebagai ejen kutipan HASiL; atau
ļ· Mesin deposit tunai/ mesin juruwang automatik (ATM) bank ejen kutipan HASiL; atau
ļ· Kaunter bank ejen kutipan HASiL terpilih; atau
ļ· Pusat Pengurusan Terimaan HASiL hanya akan menerima bayaran seperti
berikut:
i. Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) ā Pegangan cukai 3% oleh pemeroleh hartanah di bawah seksyen 21B Akta CKHT 1976 (Borang CKHT502);
ii. Cukai Pendapatan Penghibur Awam (Seniman Kembara);
iii. Cukai Pegangan;
iv. Bayaran Kompaun; dan
v. Bayaran Cukai Pendapatan menggunakan kad kredit / kad debit.
HASiL juga ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pelanggan yang beragama Islam.
Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada kami melalui:
a) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);
b) HASiL Live Chat; dan
c) Borang Maklum Balas di portal rasmi HASiL di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/public
-Mynewshub