Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

“Fokus Dunia Adalah Terhadap...

BEIJING - Mesyuarat ekonomi antarabangsa China yang terkenal, Forum Boao untuk Persidangan Tahunan...

Krisis Politik Sabah: Keadaan...

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa keadaan politik...

Apa Juga Alasan: Tak...

PERBINCANGAN isu guru menghukum pelajar tidak akan menemui titik diskusi yang releven sekiranya fokus...

Warga Emas Tumbuk Polis...

KUALA TERENGGANU: Seorang warga emas bukan sahaja memandu secara berbahaya tetapi turut bertindak...

Subsidi Minyak Masak: Anak Hamzah Zainudin Diheret Ke Mahkamah

Muhammad Faisal Hamzah, anak kepada ketua pembangkang Hamzah Zainudin, didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban, hari ini atas sembilan pertuduhan mengenai pelanggaran berhubung subsidi minyak masak.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menurut laporan The Edge, Faisal, 39, didakwa bersama Azizul Abdul Halim, 55.

Kedua-dua mereka adalah pengarah Rimba Merpati Sdn Bhd, pemegang lesen minyak masak borong.

Mereka didakwa memberikan maklumat palsu dengan mengeluarkan invois palsu mengenai penjualan minyak itu kepada syarikat peruncit tempatan yang menyalahi Seksyen 8(4) Akta Kawalan Bekalan 1961.


Minyak masak adalah barang kawalan menurut akta berkenaan.

Hamzah pernah menjadi menteri dalam negeri semasa pentadbiran Perikatan Nasional.

Dia juga berkhidmat sebagai menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna semasa kerajaan BN sebelum itu dari Julai 2015 hingga Mei 2018.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori