Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Aziz Bari: Polis Perlu...

BEBERAPA hari lalu, satu kenyataan yang dimuat naik Tunku Idris Sultan Ibrahim yang juga Tengku...

SPRM Nafi Dua Pegawai...

PETALING JAYA : Tohmahan yang dilemparkan kepada dua pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Thailand Pertimbang Larang Eksport...

BANGKOK – Peladang kelapa sawit, pengekstrak dan pengeluar minyak telah berjanji dengan Jabatan...

Penjawat Awam Perlu Celik...

SANDAKAN - Penjawat awam di negeri ini perlu celik teknologi komunikasi dan maklumat...

Suhu Bawah Paras Beku Di Puncak Kinabalu

KOTA KINABALU: Kawasan puncak Gunung Kinabalu dilaporkan mencatat suhu di bawah paras beku dengan bacaan antara negatif tiga hingga negatif lima darjah Celsius, semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Berdasarkan perkongsian info daripada kakitangan Taman-Taman Sabah dalam Facebook Sabah Parks, suhu yang rendah itu direkodkan antara jam 2.30 pagi hingga 7 pagi.

Katanya, suhu paras negatif itu menyebabkan air di permukaan batu atau kayu membeku dan membentuk kepingan, kristal atau hablur ais bermula dari kawasan Sub Stesen Panalaban, Taman Kinabalu sehingga ke kawasan puncak Kinabalu.

“Permukaan batuan granit licin disebabkan pembekuan ais. Semoga pendaki sentiasa berhati-hati sepanjang melakukan aktiviti pendakian dan turun.

“Setakat ini aktiviti pendakian adalah lancar dan terkawal. Tiada kes kecemasan atau kemalangan yang dilaporkan,” katanya.

Katanya, acute mountain sickness (AMS) juga mudah berlaku dalam keadaan cuaca yang sejuk.

Facebook Sabah Parks turut menyertakan beberapa keping gambar yang menunjukkan pembentukan ais di sekitar kawasan puncak Gunung Kinabalu, semalam.


Perkongsian itu mendapat perhatian pengguna Facebook termasuk turut berkongsi keadaan lebih sejuk yang dirasai di sekitar kaki gunung ketika ini.

“Di bawahpun sudah sejuk, apatah lagi di atas sana,” kata seorang pengguna Facebook.

Tidak kurang juga yang menyuarakan agar pendaki dan malim gunung berhati-hati mendaki ketika cuaca yang sangat sejuk di puncak gunung.

Pembentukan ais di kawasan puncak Kinabalu bukan perkara baharu, malah kejadian itu sering dilaporkan berlaku hampir setiap tahun terutama ketika musim kemarau, khususnya pada awal tahun.

Februari lalu, beberapa pendaki di gunung setinggi 4,095 meter itu turut berkongsi penemuan kepingan ais di kawasan puncak gunung berkenaan berikutan suhu mencapai tahap beku.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori