Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Laris Jual Air ‘Hot...

APABILA sebut tentang makanan atau minuman, sudah tentu ia sesuatu yang mengujakan untuk...

4 Sekeluarga Maut Kereta...

BENTONG - Empat sekeluarga maut dalam kemalangan membabitkan kereta dan treler di Kilometer...

Mahkamah Tinggi Batalkan Penggantungan...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi membatalkan keputusan Menteri Dalam Negeri yang menggantung permit...

KPN Arah Penyerang Khalid...

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar turut memberi...

Syarikat Orang Tengah LCS Dilupuskan – Menteri Pertahanan

KUALA LUMPUR : Sebuah syarikat yang bertindak sebagai orang tengah dalam urusan projek pembinaan kapal tempur pesisir pantai (LCS) akan dilupuskan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, persetujuan telah dicapai dengan syarikat tersebut supaya pembinaan kesemua lima buah kapal dapat diteruskan tanpa perlu berunding dengan mereka.

Katanya, perjanjian penyelesaian dengan syarikat itu juga akan ditandatangani manakala urusan pembayaran bagi pembelian bahan membina kapal akan dilakukan secara terus kepada syarikat pengilang peralatan asal (OEM).

“LCS perlu diteruskan, cuma yang mengganggu sedikit urusan untuk meneruskan pembinaan ini iaitu ada satu syarikat yang ditubuhkan sebagai orang tengah.

“Syarikat ini kita nak lupuskan supaya pihak pembina Boustead Naval Shipyard tidak lagi perlu berurusan dengan orang tengah yang sebelum ini berurusan dengan pengilang peralatan asal (OEM),” katanya ketika sesi soal jawab di Dewan Negara.

Beliau turut mendedahkan, syarikat tersebut ada membuat permintaan khusus kepada Kementerian Pertahanan, namun beliau enggan melayan permintaan tersebut.

“Persetujuan telah kita capai, cumanya mereka minta supaya mereka dikecualikan daripada apa jua tindakan pada masa akan datang. Kita tidak mahu berkompromi dengan perkara ini.


“Bagi kami, terpulang kepada agensi yang menyiasat dan pihak pendakwaan, itu bukan dalam ruang lingkup Kementerian Pertahanan, siapa-siapa sahaja yang akan disiasat terpulang kepada mereka,” katanya.

Beliau mengulas soalan Senator Datuk Dr. Ahmad Azam Hamzah berhubung kemungkinan kos tambahan akibat kelewatan penyerahan kapal LCS.

Mengulas lanjut, beliau memberi jaminan projek LCS akan disiapkan mengikut RM9 bilion peruntukan sedia ada, dengan RM6 bilion telah dibelanjakan dan berbaki RM3 bilion.

Namun, beliau tidak bersetuju sekiranya pembinaan jumlah kapal dikurangkan kepada dua buah kapal sahaja.

“Kalau siapkan mengikut apa yang ada (dua kapal), ia akan jadi kapal termahal di dunia, lebih baik bina lima buah kapal. Jika ada pun tambahan kos, ia minimum. Kalau buat dua kapal, dengan bajet RM9 bilion, satu kapal RM4.5 bilion, tapi kalau siapkan lima buah, dari segi kos pembinaan, perkiraannya tak lari jauh sangat.

“Kalau di Mesir, dia bina kapal dari Turki bernilai RM1.8 bilion. Pakistan juga bina kapal RM1.8 bilion, kita kalau bina lima kapal dan tambah sikit kos, dia akan jadi RM2.2 bilion atau RM2.4 bilion untuk sebuah kapal, jadi boleh kurangkan kos,” katanya.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori