Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Faktor Usia Punca Sam...

KUALA LUMPUR - Vokalis kumpulan Bunkface iaitu Sam lebih terbuka dan matang untuk...

Bunuh Pegawai Bank: Mahkamah...

PUTRAJAYA - Seorang bekas pengawal keselamatan warga Indonesia gagal dalam rayuan di Mahkamah...

Ajak Shiro Cedera Masuk...

BARU-BARU ini salah seorang anggota kumpulan Shiro, Ajak Shiro, 30, menerima 15 jahitan...

446 Polis Kuala Selangor,...

KUALA SELANGOR Seramai 446 anggota dan pegawai polis yang juga pemilih berdaftar di...

Tabung Haji Umum Agihan Keuntungan 3.1 Peratus Bagi 2022

Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan agihan keuntungan 3.1 peratus selepas zakat bagi tahun kewangan 2022.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar ketika mengumumkan perkara itu berkata agihan keuntungan berkenaan melibatkan jumlah sebanyak RM2.65 bilion dan akan memberi manfaat kepada lebih 8.7 juta pendeposit TH.

Beliau turut mengumumkan TH mencatatkan pendapatan kasar RM3.8 bilion bagi tahun 2022 berbanding RM3.72 bilion pada tahun 2021.

“Agihan keuntungan ini adalah kompetitif mengambil kira antara lainnya kadar agihan bagi tahun 2022 adalah lebih tinggi daripada purata kadar deposit tetap perbankan Islam bagi tempoh 12 bulan, iaitu 2.34 peratus, dan zakat telah dilunaskan bagi pihak pendeposit,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Turut hadir Pengerusi TH Tan Sri Azman Mokhtar dan Pengarah Urusan Kumpulan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif TH Datuk Seri Amrin Awaluddin dan Pengarah Eksekutif Kewangan Kumpulan TH Mustakim Mohamad.

Menurut Mohd Na’im, pengiraan agihan keuntungan tahun 2022 adalah berdasarkan purata baki minimum bulanan yang disimpan sepanjang tahun iaitu sebagaimana pengiraan tahun-tahun sebelum ini.


“Agihan ini telah ditolak zakat berjumlah RM97 juta yang dilunaskan kepada semua Majlis-majlis Agama Islam Negeri bagi pihak pendeposit TH.

“Para pendeposit tidak perlu lagi membayar zakat ke atas wang simpanan serta agihan keuntungan yang diterima. Sehingga kini, TH telah melunaskan zakat berjumlah RM1.27 bilion,” katanya.

Beliau berkata pendeposit TH boleh memeriksa keuntungan yang dikreditkan ke akaun masing-masing bermula 12 tengah hari esok, menerusi platform THiJARI, kaunter TH, kaunter Bank Islam dan Bank Rakyat dan saluran elektronik bank rakan strategik TH iaitu Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank Islamic, CIMB Islamic dan AmBank Islamic.

Sementara itu Mustakim berkata kadar agihan keuntungan TH tahun 2022 adalah sama dengan tahun 2021 iaitu 3.1 peratus namun ada peningkatan tujuh peratus daripada jumlah agihan keuntungan iaitu RM2.65 bilion pada tahun 2022 berbanding RM2.46 bilion pada tahun sebelumnya.

Mustakim berkata kenaikan jumlah agihan keuntungan itu adalah disebabkan peningkatan simpanan dalam akaun pendeposit TH.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori