Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Ariffin Kassim Sokong SPRM...

TAWAU - Exco Pemuda UMNO yang juga Ketua Pemuda UMNO Tawau, Ariffin Kassim...

Maraton Malam BSN Putrajaya...

PUTRAJAYA - Maraton Malam BSN Putrajaya (BSNPNM) yang dijadualkan Sabtu ini dibatalkan berikutan...

Pemungut Hutang Maut Ditembak...

GEORGETOWN - Seorang pemungut hutang maut selepas ditembak dari jarak dekat oleh suspek...

Pilih Pembangkang, Pilih DAP...

BENTONG - Ketua Wanita UMNO Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil menyifatkan sokongan kepada...

Thailand Minta Bantuan Myanmar, Laos Tangani Tompok Panas

BANGKOK: Thailand menggesa pemimpin Myanmar dan Laos mengambil langkah segera bagi menangani tompok panas yang memburukkan lagi mutu udara di beberapa lokasi pelancongan terkemuka di negara Asia tenggara itu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-O-Cha, mengadakan pertemuan secara maya bersama Perdana Menteri Laos, Sonexay Siphandone dan pemimpin junta tentera Myanmar, Min Aung Hlaing pada Jumaat lalu.

Mereka membincangkan mengenai langkah yang perlu diambil bagi membendung jerebu rentas sempadan, kata jurucakap kerajaan, Anucha Burapachaisri, dalam satu kenyataan.

Bangkok dan beberapa bandar lain di Thailand bergelut dengan masalah mutu udara yang buruk sejak beberapa tahun kebelakangan, menyebabkan pencemaran bertambah teruk ketika musim panas sekitar Disember hingga April.

Sebahagian besarnya adalah kerana pembakaran bagi tujuan perladangan, kebakaran hutan dan kadar tinggi pelepasan asap kenderaan.

Lebih dua juta orang dikesan menghadapi masalah pernafasan sejak awal tahun ini, menurut Kementerian Kesihatan Thailand.


“Kita perlu bekerjasama bagi mengatasi masalah ini kerana jerebu kini semakin teruk sehingga menjadi ancaman kesihatan yang serius selain mengancam pelancongan serta pendapatannya daridanya,” kata Prayut.

Mutu udara yang bertambah buruk tahun ini berpunca daripada pertambahan tompok panas termasuk pembakaran terbuka dan keadaan cuaca kering, menurut Ketu pengaeah Jabatan Kawalan Pencemaran Thailand, Pinsak Suraswadi.

Secara keseluruhan, tompok panas di Laos, Myanmar dan Thailand meningkat 93 peratus antara 1 Januari hingga 5 April sejak setahun lalu.

Mutu udara di Chiang Mai dan Chiang Rai di utara Thailand, kedua-duanya pusat pelancongan popular, diklasifikasikan sebagai tidak sihat dan berbahaya semalam oleh pemantau mutu udara, IQAir.

Wilayah berkenaan, yang turut dilanda kebakaran hutan sejak beberapa minggu kebelakangan, melaporkan kadar zarah dalam udara, dikenali sebagai PM 2.5, lebih 250 mikrogram setiap meter padu udara, menurut data IQAir.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori