Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

212 Rakyat Malaysia Tiba...

KUALA LUMPUR - Seramai 212 rakyat Malaysia yang terkandas di Tashkent, Uzbekistan selamat...

Penyakit Jantung Kekal Punca...

PUTRAJAYA - Sebanyak 172,031 kematian direkodkan pada 2018, dengan sejumlah 117,387 daripadanya adalah...

Roy Ricardo Dakwa Lagu...

KUALA LUMPUR - Penyanyi terkenal Indonesia, Roy Ricardo, 29, mendakwa karya hitnya, Semalem...

Wanita Cedera Diserang Mak...

SEORANG wanita telah retak tangan kirinya selepas dia diserang oleh tiga orang mak nyah...

Tiada Individu Termasuk Hakim Boleh Dikecualikan Siasatan Undang-Undang – Panel SPRM

KUALA LUMPUR : Panel Penilaian Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menegaskan tiada mana-mana individu atau pihak termasuk badan kehakiman boleh dikecualikan daripada penyiasatan penguat kuasa undang-undang.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengerusinya, Datuk Ahmad Rosli Mohd Sham, berkata dakwaan Badan Peguam Malaysia yang menyatakan bahawa SPRM sebagai badan penguat kuasa tidak kompeten atau tidak mempunyai bidang kuasa untuk menyiasat bekas Hakim Mahkamah Tinggi, adalah tidak benar.

Beliau berkata, dalam kes berprofil tinggi seperti SRC International, tanpa kecekapan SPRM menyiasat, kes itu tidak akan dapat bertahan dalam perbicaraan di mahkamah.

“Dalam kes SRC International, terdapat sabitan yang kukuh serta melepasi beberapa peringkat rayuan oleh defendan.

“Kesimpulannya, saya berpendapat bahawa tiada sesiapa atau pihak yang berhak dikecualikan daripada penyiasatan oleh penguat kuasa undang-undang, sama ada anggota pentadbiran, badan perundangan atau badan kehakiman,” katanya hari ini.

Beliau yang juga bekas Timbalan Ketua Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara, juga menyangkal kenyataan Majlis Peguam Malaysia dan beberapa pihak lain yang berkata, SPRM tidak mempunyai peranan untuk melaksanakan tugasan menyiasat etika Hakim disebabkan terdapat Jawatankuasa Etika Kehakiman yang ditubuhkan di bawah Akta Jawatankuasa Etika Hakim 2010.

“Ia tidak sepenuhnya betul terutamanya dalam penegasan bahawa SPRM tidak mempunyai kuasa atau kecekapan.

“SPRM diwujudkan sebagai satu entiti untuk memerangi rasuah di Malaysia. Ia diberi kuasa oleh Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 untuk menyiasat sebarang bentuk rasuah dan salah guna kuasa.

“Tiada agensi atau badan lain yang mempunyai kuasa yang lebih tinggi dan tidak mempunyai kecekapan untuk menyiasat kesalahan jenayah rasuah,” katanya.

Beliau menjelaskan, apabila menerima laporan atau aduan rasuah, salah guna kuasa atau penyelewengan, SPRM bertanggungjawab untuk menyiasat dan apabila disiasat lalu menemukan bukti dan fakta untuk menyokong unsur rasuah atau salah guna kuasa, kertas siasatannya kepada Peguam Negara.

Selain itu, Ahmad Rosli berkata, berdasarkan fakta siasatannya, dalam kes tertentu SPRM juga boleh merujuk kes untuk tindakan tatatertib mengikut Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 17 Tahun 1975 Dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5. Tahun 1997 dengan persetujuan Pendakwa Raya.


Fungsi SPRM dalam siasatan kes bekas Hakim Mahkamah Tinggi itu juga sudah selesai apabila agensi penguat kuasa itu merujuk kertas siasatannya kepada Ketua Hakim Negara, seperti yang dimaklumkan di Parlimen oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman pada 23 Februari lalu, atas persetujuan Peguam Negara.

“Azalina semalam juga sudah mengesahkan satu laporan dihantar kepada Ketua Hakim Negara dan dalam laporan itu dinyatakan terdapat pelanggaran Kod Etika Hakim,” katanya.

Menjelas lebih lanjut, Ahmad Rosli berkata, hak di bawah Perlembagaan dan kuasa SPRM untuk menyiasat sebarang bentuk rasuah yang disyaki dan salah guna kuasa Hakim Mahkamah Atasan sebenarnya telah dijelaskan dan diperakui dalam kes Haris Fathillah bin Mohamed Ibrahim & Anor lwn Tan Sri Dato’ Sri Haji Azam bin Baki, SPRM dan Kerajaan Malaysia (No. Rujukan Awam: 06(RS)-4-07/2022(W)) pada 24 Februari 2023.

Beliau yang juga Pengajar Khas, Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berkata, kes itu kini tertakluk kepada pertimbangan dan budi bicara Ketua Hakim Negara sama ada untuk memulakan sebarang tindakan seperti yang digariskan di bawah Fasal 3 Perkara 125 Perlembagaan Persekutuan.

“Ia memperuntukkan penubuhan tribunal untuk meneliti sebarang pelanggaran peruntukan kanun etika berkenaan Hakim,” katanya.

Ahmad Rosli menjelaskan, Mahkamah Persekutuan, yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, berkata walaupun sudah menyatakan bahawa satu set protokol sepatutnya dipatuhi apabila menyiasat Hakim Mahkamah Atasan, bagaimanapun ditegaskan bahawa ‘Hakim Mahkamah Tinggi yang berkhidmat tidak terlepas daripada siasatan jenayah atau pendakwaan. Mereka tidak perlu digantung atau dibuang sebelum mereka boleh disiasat atau didakwa’.

Katanya, penghakiman selanjutnya menyatakan bahawa walaupun hakim dianggap sebagai warganegara yang mempunyai moral yang tertinggi, ‘oleh itu mereka tidak boleh sedikit pun tercela, kerana jika mereka melakukan jenayah, mereka perlu lebih bertanggungjawab untuk menjawabnya’.

“Oleh itu, adalah tidak benar jika Badan Peguam Malaysia menyatakan bahawa SPRM sebagai badan penguat kuasa tidak kompeten atau tidak mempunyai bidang kuasa untuk menyiasat bekas Hakim Mahkamah Tinggi,” katanya.

PPO diwujudkan secara pentadbiran dan ahli-ahlinya dilantik oleh Perdana Menteri dan menjadi mekanisme ‘check and balance’ terhadap kes penyiasatan yang dijalankan dan sebab sesuatu kes diperakukan untuk didakwa atau ditutup.

PPO juga boleh mencadangkan kes dikaji semula sekiranya tidak berpuashati dengan penjelasan yang dikemukakan oleh SPRM.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori