PETALING JAYA – Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, tengah malam tadi mengejutkan orang ramai apabila berkongsi pengalaman ngeri bertembung dengan seekor buaya ketika berenang di pantai.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Menerusi ciapannya di Twitter itu, TMJ juga memaklumkan bahawa lokasi tersebut dikatakan berlaku di hadapan istana.
“Pergi berenang di hadapan rumah. Sejam kemudian, ‘kawan’ berenang melaluinya,” katanya menerusi ciapan tersebut.
Orang ramai yang terkejut dengan perkongsian tersebut turut menzahirkan kerisauan berikutan haiwan itu terkenal dengan sifat ganas terutamanya jika rasa terancam.
“Jangan main-main Tuanku, risau tengok. Alhamdulillah selamat satu keluarga, jaga diri Tuanku,” kata seorang pengikutnya.
“Bahaya betul Tuanku, nasib nampak awal-awal. Akhir ni macam banyak pula kes buaya laut masin,” balas Zatie.
Sementara itu, ada juga yang berkongsi pernah bertemu dengan reptilia tersebut di lokasi berbeza.
“Kat belakang Danga Bay pun ada Tuanku,” kata Mr Farid.
-Kosmo Online