Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Penyokong Najib Serah Memo...

Hampir 300 penyokong tegar Najib Abdul Razak berkumpul di hadapan Istana Negara di...

Amaran Keras Buat Safee...

Sebelum ini heboh di media massa apabila gambar pemain terkenal kebangsaan, Safee Sali...

CGPA: Apakah Masih Relevan...

PENGALAMAN dan kelulusan akademik yang cemerlang adalah kombinasi yang perlu ada dalam diri...

RUU 355: UMNO Akan...

PUTRAJAYA - UMNO akan mengadakan perbincangan dengan parti komponen Barisan Nasional (BN) mengenai...

Trafik Perlahan Di Lebuh Raya Utama

KUALA LUMPUR: Aliran trafik pada 1 Syawal menyaksikan beberapa lebuh raya utama mengalami pergerakan perlahan setakat jam 5 petang ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi berkata, trafik bergerak perlahan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara dari Sungai Buloh ke Rawang disebabkan kemalangan di kilometer (KM) 449.9 pada 1.25 tengah hari tadi.

“Trafik turut perlahan dari arah utara di Bandar Ainsdale ke Nilai susulan kemalangan di KM 264.7 pada jam 3.56 petang, namun hanya lorong kecemasan terhalang,” katanya.

Selain itu, aliran trafik dari Kuala Lumpur menuju Tol Gombak sesak dengan orang ramai yang memilih untuk memulakan pergerakan pulang ke kampung halaman hari ini.


LLM menerusi ciapan di Twitter memaklumkan trafik di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) turut perlahan dari arah utara sebelum susur keluar Tol Kuala Terengganu sejak jam 2.54 petang tadi.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline 1800-88-0000 dan laman Twitter www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori