Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kien Kiat/Boon Heong Tundukkan...

KUALA LUMPUR - Bekas juara Seluruh England 2007, Koo Kien Kiat/Tan Boon Heong...

Tambang Teksi, Bas Ekspres...

Kuala Lumpur - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengumumkan penetapan kadar tambang baharu...

PLSB Sungai Golok Gagal...

GEORGETOWN - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendakwa kejadian banjir besar yang melanda...

Rizab Antarabangsa BNM Meningkat...

KUALA LUMPUR - Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat sedikit kepada US$103.7...

Tragedi Double Six: Laporan Australia Perlu Didedahkan

KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick senada dengan keluarga mangsa nahas pesawat tragedi Double Six bahawa laporan dari Australia harus didedahkan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Beliau berkata, keluarga mangsa mahu kerajaan persekutuan berbincang dengan kerajaan Australia agar dokumen mengenai nahas pesawat itu turut dinyahklasifikasi oleh Australia.

“Saya akan bawa perkara ini kepada kabinet kerana saya dan Datuk Armizan Mohd. Ali diberi mandat untuk berjumpa dengan keluarga mangsa terlibat.

“Ini adalah tanggungjawab saya untuk membawa perkara ini ke kabinet. Sekiranya ada perkara dinyatakan kepada kami seperti keperluan laporan di Australia didedahkan, saya juga bersetuju dengan permintaan keluarga mangsa.

“Namun, kita juga sedia maklum, penyiasat Australia turut terlibat dalam laporan yang didedahkan.

“Walau bagaimanapun, diplomasi antara negara juga perlu diambil kira dalam perkaa ini,” katanya semasa menyerahkan laporan tragedi Double Six kepada keluarga mendiang Datuk Peter Mojuntin di Kampung Hungab, Penampang hari ini.

Menurut beliau, secara peribadi memang laporan didedahkan semalam tidak menjawab semua persoalan.


Ewon, yang juga Ahli Parlimen Penampang itu berkata, laporan yang didedahkan adalah rumusan kepada tragedi yang berlaku pada 6 Jun 1976.

“Cukuplah saya katakan, peranan saya dalam kabinet bagi menyakinkan Perdana Menteri agar mendedahkan laporan tragedi Double Six ini sudah saya laksanakan.

“Maklum balas keluarga ini akan saya sampaikan kepada kabinet persekutuan. Laporan Australia itu adalah sesuatu yang akan diusahakan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga telah menyuarakan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDM) untuk menarik balik larangan penerbitan buku bertajuk ‘The Golden Son of the Kadazan’ yang berkisar tentang mendiang Peter Mojuntin.

Sementara itu, isteri kepada mendiang Peter Mojuntin, Datin Nancy Mary Mobijohn berkata, tiada perkara baharu yang disebutkan dalam laporan yang didedahkan. Ia seperti satu bedtime story yang diulang-ulang selama 47 tahun.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori