Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Pan Borneo Pemangkin Kemajuan...

KOTA KINABALU - Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah yang dilancarkan pada Mac...

Semua Kementerian Di Sabah...

KOTA KINABALU - Semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan negeri di Sabah sudah...

Fara Fauzana Kahwin Ahli...

BEKAS penyampai radio Hot FM, Fara Fauzana dilapor bakal menamatkan zaman bujangnya dengan...

Tuah Tangkap Udang Kara...

Maine (Amerika Syarikat) - Dua penangkap udang membuat tangkapan luar biasa apabila menjerat...

Varian Baharu Covid ‘mengganas’ Di 22 Negara

LONDON – Satu varian Covid-19 yang lebih menular mula mendominasi kes di kebanyakan negara di dunia, lapor akhbar Mirror UK semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Kes Covid-19 di Britain mencecah paras tertinggi bermula 3 Januari sehingga akhir Mac lalu, demikian menurut angka Pejabat Statistik Kebangsaan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kini memberi perhatian terhadap varian baharu Omicron tersebut yang dinamakan XBB.1.16 atau digelar sebagai ‘Arcturus’.

Varian Kraken XBB.1.5 sehingga kini masih dominan tetapi varian baharu itu telah tersebar di 22 negara dan lebih cepat menular, kata ketua teknikal Covid WHO, Maria van Kerkhove.

Walaupun ia merebak dengan lebih mudah, tiada bukti menunjukkan varian Arcturus menyebabkan penyakit yang lebih teruk.


Van Kerkhove pada satu sidang akhbar berkata: “Salah satu varian yang kami perhatikan. Ia ialah XBB.1.16.

“Pada masa ini, terdapat kira-kira 800 jujukan XBB1.16 di 22 negara. Kebanyakan jujukan adalah dari India dan mendominasi kes di negara tersebut. Jadi ia perlu diperhatikan. Ia telah merebak selama beberapa bulan.

“Setakat ini tiada laporan menunjukkan peningkatan dalam kes kemasukan ke hospital, unit rawatan rapi (ICU) dan kematian akibat XBB.1.16,” katanya.

Di peringkat global, WHO melaporkan terdapat kira-kira 3.6 juta kes baharu Covid-19 yang dilaporkan dari 27 Februari hingga 26 Mac lalu. Ia mencatatkan penurunan sebanyak 27 peratus berbanding 28 hari sebelumnya.

Kosmo-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori