Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Sebenarnya.MY Catat Rekod Lebih...

SEJAK dilancarkan pada Mac tahun lalu, portal Sebenarnya.MY dibangunkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia...

Pejabat Presiden PAS Kata...

KUALA LUMPUR - Pejabat Presiden PAS menafikan laporan portal berita MalaysiaKini bahawa Datuk...

Peniaga Ditahan Rogol Anak...

GEORGE TOWN - Polis menahan seorang peniaga kerana merogol anaknya berusia 15 tahun...

P.Pinang Larang Hidang Sirip...

GEORGE TOWN - Kerajaan negeri hari ini menandatangani akujanji untuk melarang hidangan makanan...

37 Penunggang Motosikal Buat Bising Ditahan Polis

KUALA SELANGOR – Polis menahan 37 individu termasuk remaja bawah umur yang menunggang motosikal dengan ekzos diubahsuai sehingga mengeluarkan bunyi bising ditahan di sekitar Pekan Tanjong Karang di sini pada Ahad.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Ramli Kasa berkata, semua individu berusia 15 hingga 27 tahun itu ditahan bersama 31 motosikal dalam Op Bersepadu Mat Rempit pada jam 11 malam.

Menurutnya, operasi selama enam jam itu dijalankan sepasukan anggota termasuk pegawai dari Balai Polis Tanjong Karang dan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Kuala Selangor (BSPT).

“Operasi dilakukan selepas polis menerima aduan bunyi bising pada waktu malam yang menimbulkan kacau ganggu kepada penduduk setempat,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Dalam pada itu, Ramli berkata, pemeriksaan mendapati kesemua individu terbabit melakukan pelbagai kesalahan antaranya tiada lesen memandu, menunggang di bawah usia 16 tahun dan mengubah suai ekzos.


“Kesalahan itu turut melibatkan nombor pendaftaran, aksesori tidak lengkap dan tiada cukai jalan (LKM) serta perlindungan insurans,” ujarnya

Beliau menegaskan, sebanyak 110 saman mengikut peruntukan undang-undang yang ditetapkan.

Sehubungan itu, katanya, semua pengguna dinasihatkan mematuhi peraturan jalan raya dan menghormati masyarakat setempat.

“Ibu bapa atau penjaga turut diminta memantau pergerakan anak-anak mereka supaya tidak terlibat aktiviti motosikal yang menyalahi undang-undang dan jenayah,” katanya.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori