Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Cucu Hadapi Pertuduhan Bunuh...

ALOR SETAR - Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini...

Annuar Tak Hasrat Sambung...

KUALA BERANG – Tan Sri Annuar Musa tidak berhasrat menyambung khidmat sebagai pengerusi...

Mohd Shafie Gagal Batal...

KOTA KINABALU – Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini gagal untuk membatalkan...

Kerajaan Diminta Haramkan Jualan...

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta mengharamkan penjualan arak di semua premis runcit 24 jam...

4 Ditahan Bunuh Lelaki Berjalan Ke Kereta

Serdang : Empat individu ditahan berhubung kejadian seorang lelaki mati ditembak ketika berjalan menuju keretanya sebaik selesai makan di sebuah medan selera di Jalan Bandar 1, Pusat Bandar Puchong, Puchong di sini, Khamis lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, kesemua suspek merupakan lelaki tempatan berusia lingkungan 30 hingga 40 tahun ditahan di sekitar Kinrara, Puchong di sini, Jumaat lalu.

“Berdasarkan siasatan, motif kejadian dipercayai berkaitan aktiviti gangsterisme dan dendam.

“Mangsa juga didapati mempunyai pelbagai rekod jenayah dan dipercayai terbabit aktiviti gengsterisme,” katanya ketika sidang media selepas merasmikan Dewan Serbaguna Balai Polis Seri Kembangan di sini, hari ini.


Sebelum ini dilaporkan polis menerima aduan kejadian pada 12.35 tengah malam daripada orang awam mengatakan seorang lelaki ditemukan dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah serta tidak sedarkan diri di sebelah medan selera terbabit.

Semakan mendapati mangsa mempunyai 21 rekod jenayah dan pernah menjalani hukuman mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan (samun berkumpulan) dan Seksyen 397 kanun sama (samun berkumpulan) bersenjata).

Mangsa juga pernah ditahan mengikut Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma).

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori