Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Amfetamin, Bahaya Dan Natijah...

KEMALANGAN maut yang disebabkan oleh seorang pemandu wanita yang memandu dalam keadaan jalan...

Perlindungan Kanak-Kanak Tanggungjawab Bersama...

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perlindungan ke atas kanak-kanak...

Kerajaan P.Pinang Sambut Baik...

GEORGE TOWN - Kerajaan DAP Pulau Pinang menyambut baik dua permohonan daripada Perbadanan...

BATC: Kempen Skuad Wanita...

ALOR SETAR — Kempen skuad wanita Malaysia pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC)...

7,800 Hektar Tanaman Padi KADA Terjejas Akibat Cuaca Panas

KOTA BHARU: Sejumlah 7,800 daripada keseluruhan 26,833 hektar tanaman padi di bawah Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) terjejas ekoran cuaca panas dan kemarau yang berlaku di negeri ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengurus Besar KADA, Mohd Faizul Mustafa, berkata antara jajahan yang terbabit ialah Pasir Puteh, Bachok, Pasir Mas, Kota Bharu Utara dan Kota Bharu Selatan.

“Penanaman padi musim kedua 2022 bermula Disember tahun lepas dan dituai sepanjang April tahun ini agak terjejas kerana terkesan dengan peralihan monsun. Daripada tinjauan yang dilakukan, kami dapati kira-kira 390 petani terkesan dengan masalah ini,” katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Mohd Fairuz berkata, cuaca panas yang berpanjangan sangat memberi kesan kepada tanaman padi kerana menyebabkan air di dalam sawah semakin berkurangan dan seterusnya tanah sawah menjadi kering.

Katanya, keadaan itu akan menjejaskan perkembangan pokok padi dan apabila keadaan menjadi semakin teruk, pokok padi akan terbantut dan buah menjadi hampa atau tidak berisi.

Mohd Fairuz berkata, cuaca panas juga menyebabkan sumber air menjadi terhad dan pembekalan air ke sawah terpaksa dilaksanakan mengikut penggiliran.


“Dalam keadaan ini, pokok padi yang memerlukan air untuk tumbuh dan membentuk tangkai terganggu dan penghasilan padi akan terjejas sekali gus mengurangkan kualiti hasil pertanian selain menjejaskan pendapatan petani,” katanya.

Katanya KADA telah mengambil beberapa langkah drastik bagi memastikan petani tidak mengalami kerugian yang lebih besar termasuk membekalkan pam bergerak di kawasan terjejas, mengenal pasti lokasi yang ada sumber air bawah tanah untuk dialirkan keluar menerusi telaga tiub dan membekalkan bahan api diesel kepada pam yang berdaftar dengan KADA.

Sementara itu, katanya KADA telah merangka beberapa pendekatan tambahan sebagai persediaan untuk musim pertama tanaman padi Mei tahun ini.

Antaranya menggunakan segala kemudahan pengairan yang ada bagi membekalkan air lebih optimum ke bendang padi, menyesuaikan jadual bekalan air di samping melaksanakan kerja-kerja pembuangan lumpur di tali air dan struktur utama bagi melancarkan aliran air ke sawah.

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori