Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

BR1M Hanya Untuk Golongan...

KUALA LUMPUR - Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah untuk golongan sasaran yang...

Doktor Gigi Wanita Mesir...

DI Mesir, semua perkara mengenai bola sepak hanya diperbincangkan dalam kalangan lelaki. Bagaimanapun...

8 ‘Perogol’ Kambing Bunting...

NEW DELHI - Polis di utara India sedang mengiat memburu lapan lelaki yang...

Kakak Dakwa Doktor Cuai...

ALANGKAH hancurnya hati apabila bayi yang dikandungkan selama sembilan bulan meninggal dunia disebabkan...

Agong Beri Sumbangan Peribadi Kepada Waris Anggota Tentera Darat Dalam Kemalangan

KUALA LUMPUR : Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan memberikan sumbangan peribadi kepada waris dua anggota tentera yang maut akibat kemalangan jalan raya di Sungai Besar, Selangor, Rabu lepas.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Sumbangan berkenaan diserahkan oleh Juruiring Tentera Darat kepada Yang di-Pertuan Agong, Brigadier Jeneral Datuk Sharizan Wan Chik, kepada waris mangsa di Pusat Latihan Asas Rekrut Tentera Darat (PUSASDA) Kem PUSASDA Port Dickson, Negeri Sembilan, semalam.

Menurut catatan di Facebook Istana Negara, hari ini Seri Paduka menzahirkan ucapan takziah kepada Noor Erna Yuliawaty Ibrahim dan Puan Nurliayana Abdul atas pemergian suami masing-masing ke Rahmatullah akibat kemalangan jalan raya.

Seri Paduka turut mezahirkan harapan agar Noor Erna Yuliawaty dan Nurliayana serta keluarga masing-masing tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini.


Dalam kejadian pada 17 Mei lepas, seorang pegawai dan anggota tentera masing-masing berusia 28 dan 49 tahun maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka terbabit dalam nahas di Kilometer 48 Jalan Teluk Intan-Klang, Sungai Besar.

Kedua-dua mereka yang berpangkat Leftenan Kolonel dan Lans Koperal dari Markas Tentera Darat Cawangan

Sumber Manusia Kementah, Kuala Lumpur, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori