Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Isu BR1M, Janji 100...

PETALING JAYA - Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan...

Hospital Kerajaan Perlukan 2,000...

KUALA LUMPUR - Hospital kerajaan memerlukan kira-kira 2,000 beg darah bagi menampung keperluan...

Thailand Percepat Bangun Kemudahan...

SONGKHLA (Selatan Thailand) - Kerajaan Thailand akan mempercepatkan pembangunan di sempadan negara itu...

Kerajaan Masih Belum Ada...

PUTRAJAYA – Cadangan Kementerian Kewangan Diperbadankan (MoF Inc) membabitkan pengambilalihan kesemua kepentingan ekuiti...

Aidilfitri Malaysia Madani Di Dataran Merdeka Meriah

KUALA LUMPUR – Ribuan rakyat pelbagai latar belakang agama dan kaum serta pelancong dari luar negara membanjiri Dataran Merdeka, di sini hari ini bagi memeriahkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Malaysia Madani.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Biarpun majlis tersebut bermula pukul 10 pagi, pengunjung ada yang tiba seawal pukul 8 pagi serta menikmati pelbagai juadah di 120 gerai dengan konsep ‘first come, first served’.

Majlis dimeriahkan dengan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tiba pukul 11 pagi dan seterusnya, beliau beramah mesra bersalaman dengan pengunjung selain ada yang tidak melepaskan peluang bergambar bersama beliau.

Program tersebut dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) bersama gabungan masjid dan surau Jumaat serta Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).


Sebanyak 120 masjid dan surau Jumaat mengambil bahagian termasuk dari Putrajaya dan Labuan serta beberapa rakan strategik yang lain dengan sasaran kehadiran 20,000 pengunjung.

Majlis tamat sekitar pukul 12 tengah hari dan Perdana Menteri kemudian meninggalkan lokasi penganjuran pukul 12.17 tengah hari.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori