Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Arab Saudi Kembalikan Kuota...

KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (TH) mengesahkan kerajaan Arab Saudi telah mengembalikan...

Pegawai SPRM, Datuk Roy...

Kuala Lumpur : Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan ahli perniagaan...

Laut Bergelora, Kembung Kurang,...

KEMAMAN - Kekurangan ikan kembung di jeti pendaratan di seluruh negara menyebabkan harganya...

Jumpa Saifuddin Baca An-Nas,...

MENJELANG kedatangan Syawal, seorang ulama kanan PAS memberi dua pesanan kepada penyokong parti...

Bank Muamalat Sedia Akses Kewangan Untuk Golongan Asnaf, B40

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) mewujudkan program iTEKAD yang bertujuan membantu usahawan mikro berpendapatan rendah untuk memperkukuh pengurusan kewangan dan kepintaran dalam perniagaan ke arah menjana pendapatan yang berterusan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Inisiatif itu seterusnya disokong oleh bank-bank di Malaysia dan Bank Muamalat Malaysia Bhd (Bank Muamalat) adalah antara bank yang terawal menyahut seruan BNM bagi memulakan program iTEKAD, seiring dengan Bank Islam Malaysia Bhd dan CIMB Islamic Bank Bhd.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Bank Muamalat membangunkan program iTEKAD melalui dua model iaitu iTEKAD Mawaddah dan iTEKAD Mahabbah yang telah memberi manfaat kepada 777 usahawan asnaf dan B40 dengan pengagihan sebanyak RM6.5 juta.

“Program yang disediakan ini membolehkan peserta, terdiri daripada usahawan mikro asnaf dan B40 mendapat akses kepada pembiayaan bagi membolehkan mereka memulakan dan meneruskan kesinambungan perniagaan mereka.

“Usaha ini secara tidak langsung akan menggalakkan aktiviti keusahawanan dalam kalangan golongan ini. Mereka akan diberi latihan yang berstruktur bagi meningkatkan kemahiran serta dibimbing untuk meningkatkan kepintaran dalam perniagaan dan menjana pendapatan yang lebih tinggi secara mampan,” katanya kepada Bernama.

Model pertama iaitu iTEKAD Mawaddah melalui inovasi Syariah yang menggabungkan instrumen kewangan sosial (dana zakat) dan dana pelaburan yang bertujuan sebagai bantuan kewangan untuk membantu mereka yang layak memohon.

Ia menggunakan produk akaun pelaburan terhad patuh Syariah yang berasaskan konsep dua peringkat Mudarabah, iaitu kontrak antara pemberi modal (rabbul mal) dan usahawan (mudarib), kata Afzanizam.

“Program ini dirangka dengan tujuan untuk membantu usahawan mikro, terutamanya dalam kalangan B40 dan asnaf yang terjejas akibat pandemik COVID-19 dalam usaha untuk bangkit dan membina semula perusahaan mereka serta menyokong usaha kerajaan dan BNM membantu golongan ini untuk lebih berdaya maju,” katanya.

Model kedua program iTEKAD yang dinamakan sebagai iTEKAD Mahabbah melibatkan peserta usahawan Skim Pembiayaan Kewangan Usahawan Mikro Negeri Pahang (iPUSH), sebuah program kerjasama antara kerajaan negeri Pahang dan Bank Muamalat.

Objektif dan sasaran program iTEKAD Mahabbah adalah selari dengan iTEKAD Mawaddah iaitu menyediakan bantuan latihan berstruktur, bantuan aset perniagaan dan pembiayaan.

“Perbezaan kedua–dua model iTEKAD ini ialah dari sudut penyedia dana pembiayaan dan kontrak Syariah. Dana pembiayaan bagi iTEKAD Mawaddah ialah daripada pelabur manakala iTEKAD Mahabbah daripada kerajaan negeri Pahang.


“Kontrak Syariah bagi iTEKAD Mawaddah ialah pelaburan dengan peratusan perkongsian keuntungan (mudarabah) dan iTEKAD Mahabbah ialah pinjaman tanpa keuntungan atau riba (Qard),” katanya.

Sehingga kini, Bank Muamalat mempunyai seramai 25 orang peserta dalam kalangan asnaf dan B40 dengan pembiayaan lebih daripada RM160,000 melalui iTEKAD Mawaddah.

Sementara itu, geran ‘aset perniagaan’ yang diterima daripada BNM dan Kementerian Kewangan adalah sebanyak RM85,000. Dana geran ini masih berbaki sebanyak RM41,253.31 untuk digunakan kepada kumpulan baharu nanti.

Bagi 2023, Bank Muamalat menyasarkan pembiayaan untuk program iTEKAD Mawaddah sebanyak RM150,000, kata Afzanizam.

Program iTEKAD Mawaddah mempunyai empat kumpulan sejak tempoh pelancarannya dan dana pelaburan bagi kumpulan pertama telah berlangsung sejak 22 Sept 2021 dengan jumlah 10 peserta dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor dan Johor.

“Seramai 10 peserta daripada kumpulan pertama dan 5 peserta daripada kumpulan kedua telah menamatkan tempoh usaha niaga yang dijalankan selama setahun bagi setiap kumpulan.

“Lapan peserta daripadanya, berjaya menjana hasil perniagaan yang mampu mengembalikan dana pelaburan serta menghasilkan keuntungan kepada pelabur,” katanya.

Selain itu, hampir keseluruhan peserta iTEKAD berjaya mengekalkan perniagaan mereka di samping memanfaatkan latihan berstruktur yang diterima sepanjang program iTEKAD berlangsung.

Afzanizam berkata, mereka berjaya menambah baik pengurusan perniagaan dari sudut perakaunan dan juga berjaya melebarkan pemasaran produk mereka antaranya melalui platform dalam talian seperti Grab Food, Food Panda, Shopee Food, Facebook, Instagram dan Tik Tok.

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori