Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Harga Sawit Meningkat, MB...

PONTIAN - Menteri Besar Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal mempertahankan kenyataan calon Pakatan...

Dua Beradik Ditahan Terbabit...

KUANTAN - Dua beradik yang dipercayai terlibat dengan satu kes mencuri motosikal pada...

Polis Kelantan Rampas Rokok...

Kota Bharu: Polis Kelantan merampas 27,350 karton rokok seludup bernilai lebih RM4.1 juta...

Isu Tayang Badan: Perang...

'PERANG' melanda antara Khloe Kardashian dan pelakon muda, Chloe Grace Moretz apabila bintang...

Bantuan Khas Raya Pegawai Masjid, MKK Lewat Sebulan

ALOR SETAR : Kerajaan negeri akan mengagihkan bantuan khas Aidilfitri kepada pengerusi dan setiausaha Majlis Ketua Kampung (MKK) serta pegawai masjid di seluruh Kedah bermula 17 Mei ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, bayaran yang sepatutnya dibuat pada 18 April lalu tertangguh kerana beberapa masalah termasuk penstrukturan semula Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) yang kini dikenali MKK.

“Jumlah bantuan yang diterima pengerusi dan setiausaha MKK serta pegawai masjid yang meliputi imam, bilal dan siak itu juga akan ditambah RM100 lagi yang menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM300 setiap seorang.

“Naik RM100 sebab kita lambat bayar,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.


Pada 12 April lalu, kerajaan negeri mengumumkan bantuan khas Aidilfitri sebanyak RM200 kepada 3,924 penerima terdiri daripada pengerusi dan setiausaha MKK serta pegawai masjid di negeri ini.

Bantuan itu sepatutnya dibayar terus ke akaun penerima pada 18 April lalu yang melibatkan peruntukan keseluruhan RM784,800 di mana seramai 772 pengerusi MKK, 766 setiausaha MKK dan 2,386 pegawai masjid meliputi imam, bilal dan siak akan menerima manfaat.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori