Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pertimbang Semula Keputusan Tak...

KUANTAN - Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob diminta mempertimbangkan semula hasratnya...

Turki Tidak Gentar Sekatan...

ISTANBUL - Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan berkata, Turki tidak akan berganjak dari...

Irma Hasmie Tolak Tawaran...

SEJAK kebelakangan ini, ramai barisan artis wanita tanah air mula berhijrah ke arah...

Anwar Kekal Calon PM...

DAP menyatakan sehingga kini tiada perubahan terhadap keputusan Pengerusi PH Anwar Ibrahim merupakan...

Bapa Dipenjara 36 Tahun, 20 Sebatan Rogol 2 Anak

Putrajaya : Seorang bekas operator kren dijatuhi hukuman penjara 36 tahun dan 20 sebatan oleh Mahkamah Rayuan di sini, kerana merogol dua anak perempuannya yang di bawah umur.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Seri Kamaludin Md Said, Datuk Azman Abdullah dan Datuk Lim Chong Fong membenarkan rayuan lelaki itu untuk mengurangkan hukuman penjara dan sebatan ke atasnya.

Hakim Kamaludin yang mengetuai panel, mengurangkan tempoh penjara kepada 18 tahun dan mengurangkan bilangan sebatan kepada 10 sebatan bagi setiap pertuduhan.

Lelaki berusia 42 tahun itu sebelum ini dijatuhi hukuman 40 tahun penjara dan 24 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Segambut di Johor pada 20 Mei 2020 selepas beliau mengakui bersalah terhadap dua pertuduhan rogol.

Beliau mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan untuk mengurangkan hukuman itu selepas permohonannya ditolak Mahkamah Tinggi Muar pada 24 Disember 2020.

Bapa kepada lima orang anak itu mengaku bersalah merogol anak perempuannya berusia 15 tahun pada pertengahan 2017 dan seorang lagi anak perempuannya berusia 13 tahun pada Januari 2020.


Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun dan 12 sebatan bagi setiap pertuduhan dan mengarahkan supaya hukuman itu dijalankan secara berasingan dari tarikh tangkapan 19 Mei 2020.

Peguam Ameerul Aizat Noor Haslan memohon mahkamah mengurangkan hukuman penjara ke atas anak guamnya itu atas alasan hukuman itu berlebihan.

Beliau juga meminta 24 sebatan terbabit dikurangkan.

Timbalan Pendakwa Raya Fauziah Daud berkata, hukuman penjara lelaki itu wajar dijalankan secara berasingan kerana ia membabitkan dua mangsa.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori