Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Nak Selamatkan Dunia? Anda...

MUNGKIN kedengaran canggung, namun, seorang menteri Perancis menggesa agar seluruh masyarakat dunia menghentikan tabiat...

PRN Sarawak: Fakta Ringkas...

BERIKUT sekilas fakta mengenai latar belakang Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11 Sarawak. Pemilih Biasa :...

Caruman Baru KWSP Dikreditkan...

Caruman baharu diterima oleh ahli-ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang membuat pengeluaran...

Pencuri Tabung Masjid Dapat...

MIRI - Dua pencuri sekadar mendapat RM50 sahaja ketika cuba berhempas pulas mahu...

Bekas KM Pulau Pinang Dua Penggal Tak Boleh Dilantik Semula – Chow

Mana-mana bekas Ketua Menteri Pulau Pinang yang berkhidmat selama dua penggal sebelum atau selepas pindaan Perlembagaan Negeri berkuat kuasa, tidak boleh dilantik semula ke jawatan sama.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata Perkara 7 Fasal 2 (a)(ii) Perlembagaan Negeri Pulau Pinang memperuntukkan Ketua Menteri hendaklah dilantik dalam kalangan individu yang tidak pernah pada bila-bila masa memegang jawatan itu bagi dua penggal.

“Undang-undang itu jelas dan ia bukan sahaja mengikat saya pada masa hadapan tetapi (turut) mengikat mana-mana Ketua Menteri yang sudah berkhidmat selama dua penggal pada bila-bila masa,” katanya dalam sidang media hari ini.


Chow berkata isu yang ditimbulkan itu memberi kesempatan baginya menjelaskan kedudukan pindaan Perlembagaan Negeri Pulau Pinang yang mula berkuat kuasa pada 1 Feb 2019.

“Saya harap jawapan pandangan dari sudut perundangan ini akan memberi pencerahan kepada mereka yang mungkin tidak begitu jelas mengenainya dan menjadi pendidikan politik kepada rakyat yang berminat dengan isu ini,” katanya.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori