Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Giliran Rakyat Sandakan Tolak...

SANDAKAN – Tarikh 11 Mei ini adalah peluang terbaik kepada rakyat di Sandakan...

Enam Wartawan The Star...

KUALA LUMPUR - Enam wartawan akhbar The Star muncul sebagai pemenang Hadiah Kajai...

Skandal Seks Dalam Pejabat...

Skandal dalam pejabat kerajaan. Isu itu kini panas di Oruro di Bolivia apabila...

LGE Kantoi Auta Terowong...

GEORGE TOWN - Lim Guan Eng khabarnya semakin tertekan ekoran bantahan berterusan termasuk...

Bendera Terbalik, Kemboja Mohon Maaf Kepada Indonesia

PHNOM PENH : Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Kemboja (CAMSOC) mengambil tindakan segera dengan memohon maaf kepada Indonesia susulan insiden bendera negara berkenaan dikibarkan secara terbalik ketika upacara pembukaan temasya itu, malam tadi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Sebelum ini, Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (NOC) Indonesia menghantar surat penjelasan kepada CAMSOC dan selepas menyedari kesilapan itu, pihak tuan rumah sudah meminta maaf kepada kontinjen Indonesia.

Setiausaha Agung NOC Indonesia, Harry Warganegara, berkata Kemboja mengakui kesilapan terbabit dan segera momohon maaf atas kejadian bendera merah putih yang terbalik.

Malah, mereka mengambil tindakan susulan dengan melakukan pemeriksaan di semua venue Sukan SEA bagi memastikan kejadian itu tidak berulang.

“Kemboja sudah meminta maaf secara langsung kepada kami, dan bertindak cepat sehingga kejadian berkenaan tidak berulang.


“NOC Indonesia juga secara rasmi meminta CAMSOC memasang bendera Indonesia dengan betul ketika upacara pembukaan Sukan SEA Kemboja di Stadion Morodok Techno National Stadium, Phnom Penh,” katanya.

Kesilapan bendera Indonesia terbalik itu berlaku ketika salah seorang penyanyi tempatan Kemboja membuat persembahan diiringi penari yang membawa bendera 11 negara yang menyertai Sukan Sea Kemboja termasuk Indonesia.

Kesilapan itu berlaku apabila penari yang membawa bendera Indonesia semuanya terbalik, menjadi seperti bendera Poland.

Sebagai rekod, kejadian terbabit turut pernah berlaku pada Sukan Sea 2017 di Kuala Lumpur, Malaysia sekali gus menyebabkan Menteri Belia dan Sukan ketika itu, Khairy Jamaluddin tampil membuat permohanan maaf secara terbuka kepada Indonesia.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori