Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Penganggur Curi 6 Paket...

KUALA LUMPUR – Gara-gara mencuri enam paket Milo daripada sebuah pasar raya, seorang...

Tiada Nota Pesan Untuk...

KUALA LUMPUR - Tiada nota pesanan ditinggalkan untuk bayi lelaki yang ditemui di...

Pokemon Go Perlu Ada...

PUTRAJAYA - Perlu ada had dikenakan pada permainan Pokemon Go agar institusi agama...

Peminat Tuduh Zul Ariffin...

SEMENJAK namanya berada di puncak populariti, ada sahaja cerita kurang enak tentang pelakon kacak bernama...

Bersatu, PAS Macam `Tunduk’ Kepada Tun M

PETALING JAYA : Perikatan Nasional (PN) dilihat semakin ‘tunduk’ kepada gabungan Gerakan Tanah Air (GTA) yang dipengerusi bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perkembangan itu terserlah, susulan Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya mendedahkan kekayaannya seperti pernah disuarakan Mahathir sebelum ini.

Pengarah Komunikasi Pusat PKR, Lee Chean Chung berkata, PN yang dianggotai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas semakin merosot sehingga perlu bergantung kepada kekuatan Mahathir.

“Merujuk kenyataan Ahmad Faizal yang mencabar Perdana Menteri untuk mendedahkan kekayaannya, saya berpendapat seruan tersebut senada dengan Tun Mahathir sehingga memperlihatkan Bersatu seperti mula tunduk kepada Pengerusi GTA.

“Sebelum ini Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menandatangani Proklamasi Orang Melayu bersama Tun Mahathir, kini, Ahmad Faizal sebagai pimpinan kanan Bersatu pula mendukung kenyataan bekas Perdana Menteri itu,” kata beliau dalam kenyataan hari ini.


Menurut beliau, tindakan Bersatu dan parti di bawah gabungan PN itu menunjukkan pengaruh Pas dan Bersatu semakin merosot sehingga mereka perlu bergantung kepada kekuatan Mahathir.

Lebih pelik, kata Chean Chung, pemimpin ulung PN seolah-olah mengetepikan Presiden Parti Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pembangkang PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Sebelum ini, Ahmad Faizal meggesa PKR membentang kewangan parti itu kerana didakwa berbelanja besar semasa membantu kempen Anwar yang bertanding di Parlimen Tambun dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ahmad Faizal tewas kepada Anwar untuk mempertahankan Parlimen Tambun pada PRU15.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori