Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

UiTM Rancang Wujud Pusat...

SHAH ALAM - Universiti Teknologi MARA (UiTM) bercadang mewujudkan pusat kecemerlangan mengenai sekuriti...

Mahkamah: Tiga Rakan Didakwa...

UALA LUMPUR - Tiga rakan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ampang di sini, hari...

Terowong Genting Sempah Hala...

KUALA LUMPUR - Terowong Genting Sempah hala timur akan ditutup kepada lalu lintas...

Muhyiddin Akur Keputusan PM,...

KENYATAAN MEDIA YBHG TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN BERKAITAN PENGGUGURAN...

Budak Lima Tahun Telan 40 Gula-gula Getah

COLUMBUS: Seorang kanak-kanak berusia lima tahun di Ohio, Amerika Syarikat (AS) terpaksa menjalani pembedahan kecemasan setelah didapati menelan hampir 40 gula-gula getah.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Lapor Daily Mail, budak lelaki itu mula mengalami sakit dan cirit birit selepas gula-gula getah tersebut bergumpal di dalam perutnya serta menghalang sistem penghadamannya.

Prosedur pembedahan itu melibatkan pasukan doktor menarik keluar gumpalan gula-gula getah tersebut menerusi kerongkong kanak-kanak berkenaan.

Jelas doktor, imbasan menunjukkan jisim pepejal besar yang dikenali sebagai bezoar tersekat di perut kanak-kanak itu sehingga mengambil kira-kira 25 peratus ruang.

Setelah berbincang dengan ibu bapa budak itu, doktor memutuskan untuk mengeluarkan gumpalan gula-gula getah tersebut menggunakan skop khas melalui esofagus atau kerongkong.

Katanya, mereka terpaksa melakukan prosedur itu beberapa kali untuk mengeluarkan kesemua gula-gula getah yang tersumbat.


“Dia amat bernasib baik kerana gumpalan gula-gula getah itu tidak menyekat pada ususnya yang boleh menyebabkan kematian,” katanya.

Menurut doktor, kanak-kanak itu kini selamat dan tidak mengalami sebarang komplikasi kesihatan jangka panjang.

Pasukan doktor yang diketuai oleh Dr. Chizite Iheonunekwu di Klinik Cleveland, mendedahkan kejadian itu dalam jurnal perubatan, JEM Reports.

Sementara itu, ibu kanak-kanak berkenaan memaklumkan ketika kejadian, anaknya menghabiskan keseluruhan paket gula-gula getah tanpa gula itu.

Katanya, dia segera menghubungi pusat talian kecemasan yang menasihatinya untuk pergi ke hospital berdekatan sekiranya anaknya mengalami sakit perut.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori