Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

BSN Tiada Rancangan Kurangkan...

JOHOR BAHRU - Bank Simpanan Nasional (BSN) tidak mempunyai sebarang rancangan untuk mengurangkan...

Restoran Cef Dari Ipoh...

CEF kelahiran Malaysia sememangnya sedang menyinar dalam industri kulinari antarabangsa. Baru-baru ini, restoran Pertinence...

Bapa Dipenjara 36 Tahun,...

Putrajaya : Seorang bekas operator kren dijatuhi hukuman penjara 36 tahun dan 20...

La Liga: Real Terus...

MADRID - Pemain terbaik dunia, Cristiano Ronaldo menegaskan tidak berniat untuk memperlahankan gerakannya...

Budak Sesak Nafas Termakan Biskut Dicampur Ganja Dibuat Bapa

IPOH: Seorang kanak-kanak perempuan 11 tahun dibawa ke hospital akibat sesak nafas selepas dipercayai termakan biskut dibuat bapanya yang disyaki dicampur ganja di Lawin, Gerik, malam tadi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata pihaknya menerima laporan kejadian daripada pembantu perubatan Klinik Kesihatan Lawin pada jam 10.26 malam tadi, menyebut seorang kanak-kanak berusia 11 tahun mengalami sesak nafas, pening dan loya.

Mohd Yusri berkata, siasatan awal mendapati mangsa termakan biskut dipercayai dicampur ganja dibuat bapanya yang bekerja sebagai penoreh getah.

“Bapa kanak-kanak itu direman lima hari bermula hari ini manakala saringan ujian awal air kencing mendapati suspek berusia 38 tahun itu positif dadah jenis tetrahydrocannabinol (THC).


“Selepas dibawa ke Klinik Kesihatan oleh bapanya, mangsa dihantar ke Hospital Gerik dan seterusnya dirujuk ke Hospital Taiping untuk pemeriksaan dan rawatan selanjutnya.

“Keadaan kanak-kanak itu kini stabil,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori