Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Graduan Universiti Oxford Peserta...

CLEVER Girl merupakan rancangan realiti terbitan Media Prima yang disiarkan menerusi rangkaian TV3....

Mungkin Ubah Tarikh Pengumuman...

Taiping : Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak menolak kemungkinan meminda tarikh pengumuman keputusan...

2 Suspek Warga Indonesia...

TAWAU - Polis menahan dua suspek lelaki warga Indonesia hari ini bagi membantu...

Tinggal 3.7 Peratus Capai...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 3.7 peratus lagi diperlukan untuk mencecah angka 90 peratus...

Bukan Anak Saya- Bapa

SHAH ALAM – Seorang pengguna TikTok tampil menafikan kanak-kanak berumur enam tahun yang terlibat kemalangan di Langkawi pada Selasa lalu adalah anaknya.

Tiada Unsur Mistik, Budak Tahu Memandu – Polis

Menerusi hantaran di laman media sosial itu, Izanie QY Runner menjelaskan, video yang memaparkan seorang kanak-kanak sedang memandu simulator kereta lumba yang diviralkan di laman media sosial lain merupakan anaknya dan tiada kaitan dengan kes kemalangan berkenaan.

“Budak ini ke (merujuk kepada video anaknya bermain simulator kereta lumba). Kalau awak cakap budak ini (bermakna) awak dah fitnah,” tulisnya di ruangan kapsyen video berkenaan.

Lelaki itu dipercayai tampil menjelaskan perkara berkenaan susulan segelintir warganet mengaitkan anak lelakinya dengan kes kemalangan membabitkan kanak-kanak enam tahun yang memandu sehingga terlibat kemalangan.

Sementara itu melihat profil akaun TikTok berkenaan, lelaki itu dipercayai seorang pelumba drift yang aktif dalam bidang permotoran tempatan dan turut mendedahkan anak lelakinya kepada bidang tersebut.


Sebelum ini media melaporkan, dua beradik ditemukan orang awam di dalam sebuah kereta jenis Toyota selepas terbabas dan melanggar tiang lampu di Jalan Bukit Tangga, Simpang Kenyum, Langkawi pada jam 11.15 malam Selasa.

Sinar Harian

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori