Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Sistem Insurans Pekerjaan Dijangka...

KUCHING - Sistem Insurans Pekerjaaan (SIP) dijangka dilaksanakan Januari ini sebaik diluluskan Dewan...

Sah Jadi Isteri lelaki...

TAHNIAH diucapkan pelakon dan model terkenal, Kavita Kaur Sidhu yang telah selamat bergelar...

Wajah Golden Girls Kini...

ANDA ingin mencari hadiah yang menarik dan istimewa? Mungkin anda boleh hadiahkan barangan...

Bank Di Seluruh Dunia...

FRANKFURT - Bank-bank di seluruh dunia sedang mengurangkan jumlah pekerja terbesar dalam tempoh...

Curi Motosikal Untuk Beraya

Iskandar Puteri : Tiga lelaki termasuk dua daripada mereka yang masih remaja ditahan polis selepas disyaki mencuri motosikal semata-mata untuk bergaya pada Aidilfitri.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Kesemua mereka yang berusia 14, 17 dan 21 tahun itu ditahan di sekitar kawasan Kangkar Pulai di sini, pada 7.50 malam 1 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, terdahulu pihaknya menerima laporan daripada pengadu yang juga seorang anggota polis yang mendakwa motosikalnya yang parkir di bawah rumah dekat Pangsapuri Merak, Bandar Baru Kangkar Pulai di sini, 5 petang 18 April lalu.

“Pengadu mendakwa motosikalnya yang ditinggalkan dalam keadaan berkunci di bawah blok pangsapurinya, namun dipercayai hilang akibat dicuri.

“Bertindak atas maklumat, kita berjaya menahan seorang suspek sebelum membuat satu lagi serbuan dengan seorang lagi suspek ditahan bersama tiga motosikal.

“Hasil siasatan awal daripada suspek pertama, kita berjaya menahan seorang lagi suspek,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri di sini, hari ini.

Rahmat berkata, selain tiga motosikal yang semuanya jenis Honda EX5, pihaknya turut merampas dua kunci motosikal.


Katanya, modus operandi tiga suspek yang bergiat aktif sejak bulan lalu itu menyasarkan motosikal jenis Honda EX5 yang parkir di tempat letak motosikal di bawah blok pangsapuri dan di kawasan masjid.

“Motosikal yang dicuri ini adalah untuk kegunaan mereka sendiri semasa perayaan Aidilfitri,” katanya.

Menurutnya, dengan tangkapan tiga suspek yang juga rakan itu, polis percaya berjaya menyelesaikan tiga kes curi motosikal yang mana dua dilaporkan di IPD Iskandar Puteri dan satu di IPD Johor Bahru Utara.

Katanya, ketiga-tiga suspek termasuk dua remaja yang masih bersekolah itu tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan negatif dadah menerusi ujian saringan awal air kencing.

“Mereka kini direman sehingga Rabu ini bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan,” katanya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori