Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Jenazah Rozaid Selamat Dikebumikan

PUTRAJAYA : Jenazah Pengarah Media dan Komunikasi Strategik di Pejabat Perdana Menteri (PMO),...

Sweetnya… Yusry Reka Baju...

HATI isteri mana tak berbunga-bunga kalau dapat suami seromantik Yusry Abdul Halim ni.Lisa...

Sesak 10km Di PLUS,...

TAIPING - Seorang kanak-kanak parah manakala ibu bapanya cedera ringan dalam kemalangan membabitkan...

25 Selamat Selepas Bas...

IPOH - Sejumlah 25 penumpang sebuah bas persiaran termasuk pemandunya terselamat selepas kenderaan...

Datuk Bandar Beragama Islam Dilarang Hadiri Majlis Aidilfitri Di White House

WASHINGTON: Seorang datuk bandar beragama Islam didakwa dihalang daripada menyertai sambutan Aidilfitri White House semalam yang turut dihadiri Presiden Joe Biden, lapor Agensi Anadolu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dalam satu kenyataan, Majlis Perhubungan Amerika-Islam di New Jersey (CAIR-NJ) menyelar tindakan perkhidmatan ‘United States Secret Service (USSS)’ terhadap Datuk Bandar Mohamed T Khairullah yang sudah lama berkhidmat di New Jersey.

Menurut CAIR-NJ, White House hanya memaklumkan beliau tidak dibenarkan masuk sejurus sebelum majlis bermula.

Pengarah Eksekutif CAIR-NJ, Selaedin Maksut dalam satu kenyataan berkata tindakan itu disifatkan sebagai satu penghinaan dan tidak boleh diterima.


“Kami meminta Rumah Putih supaya mengetepikan keputusan itu dan menjemput semua Datuk Bandar, membatalkan senarai pantau dan mengemukakan permohonan maaf kepada Datuk Bandar,” kata Maksut.

Jurucakap USSS, Anthony Guglielmi dalam satu kenyataan mengesahkan Khairullah tidak dibenarkan masuk ke Rumah Putih untuk turut sama menghadiri majlis berkenaan.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori