Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Malaysia Dijangka Alami Jerebu...

PUTRAJAYA - Malaysia dijangka berdepan masalah jerebu bermula bulan hadapan hingga Oktober berikutan...

Tiada Lagi Sekatan Pergerakan...

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengulangi pendirian kerajaan tidak lagi...

“Saya Tahu Akan Kena...

JUARA Idola Kecil 2009, Siti Amirah Dayana Mohd Amerullah atau Dayana, 21, mengakui...

Zahid Hadir Malam Cinta...

BAGAN DATOH - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyertai...

Dewan Rakyat: Coldplay, Kerajaan Teliti RUU Anti Ulat Tiket

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meneliti untuk mewujudkan Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan anti ulat tiket dalam masa terdekat.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata, perbincangan tersebut bakal diadakan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sebagai peneraju.

“Undang-undang tersebut dilihat penting pada waktu ini dalam usaha menangani masalah ulat tiket yang wujud sejak sekian lama.

“Saya telah bincang dengan Datuk Seri Salahuddin Ayub memang pada waktu ini di Malaysia kita belum ada undang-undang yang bersifat anti ulat tiket dan oleh sebab itu kita akan teliti bersama dengan kementerian lain yang mungkin menganjurkan aktiviti, program yang ada aspek penjualan tiket sama ada secara dalam talian atau tidak ada.

“Jadi penting untuk melihat apa peruntukan undang-undang yang boleh diwujudkan untuk mengelak masalah ulat tiket ini daripada berulang di masa depan,” katanya pada sidang akhbar berkaitan penjualan semula tiket konsert Coldplay dengan harga tinggi di Parlimen hari ini.


Tambah Ahli Parlimen Lembah Pantai itu lagi, kebanyakan kes ulat tiket berlaku bukan hanya melibatkan konsert besar, sebaliknya turut melibatkan pertandingan bola sepak dan sambutan sesuatu perayaan.

“Jadi kita akan teliti kesesuaian, pengalaman negara luar juga diambil kira.

“Kita akan cuba tidak lama dari sekarang, pertemuan pada waktu ini kita nak mula proses siasatan selepas itu dapatannya akan membantu kami merangka perbincangan dengan agensi dan kementerian lain untuk meneliti RUU berkaitan,” jelasnya.

Kosmo-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori