Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Proton Ambil Berat Isu...

KUALA LUMPUR - Proton Holdings Bhd (Proton) memandang berat pengedaran gambar-gambar sebuah Proton...

PKR Mahu Tahu Status...

KUALA LUMPUR - Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor meminta Kementerian Dalam Negeri...

Aktor Kevin Spacey Ke...

NEW YORK - Pemenang Anugerah Oscar, iaitu pelakon Kevin Spacey berdepan dengan tuduhan...

Polis Tahan 135 Kaki...

SHAH ALAM: Polis Selangor menahan 135 kaki judi bola sepak Piala Dunia Qatar...

Dua Maut, Motosikal Bertembung Kereta

Rantau Panjang : Dua lelaki maut apabila motosikal dinaiki mereka bertembung dengan Perodua Myvi di Kampung Rahmat, Lubok Stol di sini, hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, dalam kejadian 12.05 tengah hari itu, penunggang motosikal iaitu Mohamad Ghadafi Mohd Tahir, 30, maut di lokasi, manakala pembonceng, Kamarodeng Chemae, 28, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Katanya, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dipandu lelaki berumur 27 tahun dari arah Rantau Panjang ke Jeli memasuki laluan bertentangan kerana mengelak haiwan melintas.

“Akibatnya, kereta itu bertembung dengan motosikal mangsa yang menyebabkannya terbabas ke dalam gaung berdekatan.


“Penunggang dan pembonceng motosikal meninggal dunia, sementara pemandu kereta dan penumpang wanita berusia 26 tahun cedera serta dirawat di Hospital Pasir Mas (HPM),” katanya hari ini.

Menurutnya, mayat dihantar ke unit forensik HPM untuk dibedah siasat, manakala siasatan mendapati pemandu kereta yang bekerja sebagai buruh tidak mempunyai lesen memandu.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai dinasihati agar berhati-hati di jalan raya dan mematuhi had kelajuan ditetapkan.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori