Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Wanita Marah Anggota MPSJ...

PETALING JAYA – Seorang wanita yang tular di laman sosial berhubung kejadian memarahi...

GPMS Yakin Najib Mampu...

KUALA LUMPUR - Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) melahirkan keyakinan penuh ke atas...

Beca Melaka Wajib Main...

MELAKA - Semua pengayuh beca di Melaka diwajibkan memasang lagu irama Dondang Sayang...

Tiada Lagi FAM Jika...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bakal berdepan pelbagai kesan buruk termasuk...

Empat Ditahan, Hampir 4KG Dadah Dirampas

KLUANG – Empat individu termasuk seorang wanita warga Vietnam dan seorang wanita tempatan ditahan bersama dadah jenis syabu dan ganja, seberat hampir empat kilogram bernilai RM200,000 di sebuah rumah teres di Taman Delima 3 di sini, Ahad lepas.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kesemua suspek berusia 26 hingga 34 tahun itu direman enam hari hingga 6 Mei ini.

Katanya, polis turut menyita dua kereta berserta wang tunai berjumlah RM158,150 dan dadah yang dirampas itu mampu menampung lebih 7,000 penagih.

“Siasatan awal mendapati dadah yang dirampas adalah untuk pasaran sekitar Kluang dan daerah berhampiran, selain suspek baru menyewa rumah berkenaan sekitar dua bulan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang di sini pada Rabu.


Bahrin berkata, tiga suspek warga tempatan mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan dadah dan kesemua yang ditahan didapati positif dadah.

Beliau berkata, sejak Januari hingga 30 April lepas pihaknya menahan 406 individu melibatkan pelbagai kesalahan dadah dengan nilai keseluruhan rampasan hampir RM3 juta.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori