JOHOR BAHRU : Guru besar sebuah sekolah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Kluang bagi membantu siasatan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah lebih RM10,000.
Ikuti Mynewshub:Ā Telegram
Menurut sumber, guru lelaki berusia 56 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Cawangan Kluang kira-kira pada pukul 10.30 pagi tadi selepas hadir memberikan keterangan.
Difahamkan, suspek telah meminta dan menerima wang rasuah daripada seorang pengusaha kantin sekolah berkenaan sebagai dorongan untuk memudahkan urusan tuntutan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang dilaksanakan sepanjang tahun lalu.
Sementara itu, Pengarah SPRM negeri, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.
Suspek kemudian dilepaskan dengan jaminan SPRM.
-Utusan Online