Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Norman Buat ‘Surprise’ Untuk...

BARU-BARU ini kita dikejutkan dengan berita sedih tentang keguguran kandungan Abby Abadi yang...

Video: Nyaris Maut Dihempap...

SEORANG lelaki berusia 28 tahun nyaris maut selepas besi angkat berat 120 kilogram...

Harga Runcit Petrol, Diesel...

KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol dan diesel bagi Jun naik 10 sen...

Euuu! Bangkai Tikus Dalam...

SINGAPURA – Awal bulan ini, warga Singapura gempar apabila Caron Chan, seorang pelanggan...

Hutan Paya Bakau Pantai Cermin Port Dickson Didakwa Terancam

SEREMBAN : Hutan paya bakau Pantai Cermin di Port Dickson, dekat sini, didakwa berhadapan ancaman kemusnahan kesan daripada kejadian tumpahan minyak di pantai berkenaan pada Oktober 2020.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Biro Kelestarian Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) Negeri Sembilan, Noor Fadzli Shah, mendakwa sehingga kini pihaknya mendapati tiada usaha bersungguh-sungguh oleh pihak berwajib selepas beratus pokok dan anak pokok bakau mati serta rosak di pantai itu.

Katanya, usaha melestarikan dan melindungi hutan pokok bakau mampu membantu menyelesaikan beberapa isu alam sekitar termasuk isu pemanasan bumi yang dialami ketika ini.

“Kami dapati hutan paya bakau di Pantai Cermin banyak yang musnah dan rosak kesan tumpahan minyak yang berlaku di kawasan itu sebelum ini.

“Sejak tahun 2020, tiada usaha yang bersungguh-sungguh dilakukan untuk mengganti kebanyakan pokok yang mati di kawasan keluasan 1.2 hektar itu.

“Pemulihan dan pemeliharaan hutan bakau penting kepada masyarakat setempat selain ekosistem habitat dalam membantu mewujudkan habitat baharu bagi hidupan liar seperti memerang, burung dan reptilia serta menyediakan bekalan makanan laut yang lestari untuk jangka masa yang panjang,” katanya di sini, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan mengenai kejadian tumpahan minyak kapal di Tanjung Tuan Port Dickson pada 12 Oktober 2020 di kawasan seluas 1.2 hektar di Pantai Cermin sekali gus menjejaskan hutan bakau di kawasan terbabit.

Mengulas lanjut, Noor Fadzli yang juga aktivis alam sekitar berkata, pokok bakau yang dicemari tumpahan minyak lazimnya melalui tempoh kritikal antara enam hingga 12 bulan sebelum mati secara semula jadi.


Katanya, pokok berkenaan akan menunjukkan tanda kesukaran untuk hidup dalam tempoh terbabit terutama daun bertukar menjadi kuning berbanding hijau ketika tidak sakit.

“Kesan tumpahan minyak menjadi dominan ketika air pasang menyebabkan keseluruhan akar pokok berkenaan ditenggelami air laut yang dicemari minyak.

“Kelebihan pokok bakau ialah ia mampu memerangkap sampah dan membantu memelihara kebersihan pantai, namun, apabila diselaputi lapisan minyak tebal, akarnya tidak mampu bernafas,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya bersama sekumpulan sukarelawan sudah menjayakan program penanaman semula pokok bakau di Pantai Cermin, Mac lalu.

Bagaimanapun, katanya, usaha berterusan perlu dilakukan untuk memastikan lebih banyak pokok bakau dapat ditanam di kawasan pantai terbabit.

“Walaupun mungkin terdapat halangan serta cabaran yang perlu ditangani, namun semua pihak perlu memainkan peranan proaktif kerana hutan pokok bakau itu penting dipulihkan dan dipelihara dan dalam menjamin persekitaran alam sekitar yang sihat khususnya di pesisiran pantai peranginan popular berkenaan.

“Kami akan meneruskan program penanaman semula pada setiap bulan bermula Jun sehingga Disember ini dengan mensasarkan lebih 400 pokok bakau dapat ditanam sepanjang tempoh berkenaan,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori