Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Tergamak Potong Puting Payu...

KEJAM….seorang lelaki mengaku salah atas tuduhan memotong puting payu dara kekasihnya dengan sebilah...

Gadis 17 Tahun Rela...

DEMI mendapatkan bekalan dadah untuk kekasih, seorang gadis berusia 17 tahun sanggup menggadai...

Wanita Koyak Kerandut Zakar...

SEORANG wanita dari Indiana, Amerika Syarikat dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh mahkamah atas...

Mahkamah Putus Kes ‘Bin...

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan menetapkan Khamis depan untuk menyampaikan keputusan dalam kes rayuan...

Ibu Berlinang Air Mata Tunggu Kepulangan Hawari

KEPALA BATAS: Ibu kepada peserta Malaysia Everest 2023 (ME2023), Muhammad Hawari Hashim, 33, yang dilaporkan hilang semalam, menunggu dengan penuh pengharapan agar anaknya pulang ke pangkuan keluarga dengan selamat.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Che Tom Hassan, 64, berkata dia hanya mengetahui khabar duka itu kira-kira jam 11 pagi semalam menerusi media sosial dan kini tertunggu-tunggu untuk mengetahui perkembangan kehilangan anaknya itu.

Dia turut memohon seluruh rakyat Malaysia berdoa agar anak ketiga daripada lima adik beradik itu ditemui dalam keadaan selamat dan urusan pencarian bapa kepada dua cahaya mata itu dipermudahkan.

“Berita gembira dia dah berjaya tawan Everest tu kami dah dapat, sekarang kami duk (sedang) tunggu berita perkembangan macam mana keadaan dia di sana. Semuanya kami dapat melalui Facebook saja.

“Makcik harap sangat, dia balik dengan selamat dan kami sudah buat bacaan Yasin. Makcik minta satu Malaysia tolong doakan sebab dia langsung tak dapat dikesan.

“Terima kasih juga kepada semua pihak yang mengadakan solat hajat dan bacaan Yasin untuk memohon keselamatan dan kesejahteraan anak makcik,” katanya ketika ditemui di Kampung Permatang Kerai Besar di sini, hari ini.

Che Tom sebak memberitahu, dia tidak lena tidur memikirkan Muhammad Hawari dan bagaimana dia dapat bertahan dalam keadaan cuaca sejuk ekstrem dan mungkin berdepan kehabisan bekalan makanan.

“Dia nak bertahan macam mana…sejuk ka keadaannya, macam mana makanan dia, ada atau tidak air panas untuk minum, buat makcik tertanya-tanya. Makcik tidur juga tapi tak berapa lena,” katanya.


Katanya, kali terakhir anaknya yang dipanggil Wari itu menghubunginya ketika berada di kem dua gunung berkenaan dan berpesan supaya mereka sekelurga tidak risau mengenai keadaan dirinya.

“Dia minta doa kat dia dan pesan keluarga di kampung jangan susah hati dan fikir perkara bukan-bukan ketika dia berada di sana.

“Dia ada pakai jam yang ada GPS khas jadi kita boleh tahu kedudukan dia tapi sekarang jam itu mungkin tidak berfungsi jadi makcik tertanya-tanya, harapan ada dak (untuk jumpa),” katanya dengan linangan air mata.

Che Tom berkata, Muhammad Hawari yang juga orang kurang upaya (OKU) pekak dan bisu seorang individu yang sentiasa bersemangat dan suka mencabar diri melakukan pelbagai perkara dan menyimpan impian menawan puncak gunung tertinggi dunia itu sejak kecil lagi.

Che Tom berkata, isteri Muhammad Hawari yang juga mualaf bersama dua anaknya turut berada di rumahnya manakala keluarga besan dari Selangor juga datang untuk memberi sokongan kepada mereka di sini.

Muhammad Hawari, dilaporkan hilang selepas turun dari puncak Everest dan berehat di kem empat pagi kelmarin selepas berjaya menakluk punca Everest petang Khamis lalu.

Berita kehilangan Muhammad Hawari turut dilaporkan media tempatan Nepal, The Himalayan Times (THT) semalam.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori