Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Polis Lahad Datu Rekod...

LAHAD DATU - Polis Lahad Datu merekodkan penurunan jumlah kes jenayah indeks kepada...

Kisah Sebenar Burung Unta...

KISAH sebenar di sebalik insiden 'rare' seekor burung unta ditemui berlari di tengah-tengah kesesakan...

Kritik Mahathir, Rafizi Ramli...

BEKAS Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan mengkritik PKR susulan kenyataan naib presidennya...

Raja Permaisuri Agong Dimasyhurkan...

KUANTAN - Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dimasyhurkan sebagai Canselor...

Isu LCS, SPRM Sudah Dakwa Bekas Panglima TLDM, Siasatan Diteruskan

KUALA LUMPUR: Dakwaan pelbagai pihak kononnya tiada tindakan diambil terhadap individu yang bertanggungjawab dalam skandal membabitkan kapal tempur pesisir (LCS) adalah tidak tepat.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengerusi Panel Penilaian Operasi (PPO) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Ahmad Rosli Mohd Sham, sebaliknya berkata, pada Ogos tahun lalu, Pengarah Urusan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) iaitu Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor yang juga bekas Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) didakwa di mahkamah atas tuduhan pecah amanah.

Malah, beliau berkata, perbicaraan kes itu juga ditetapkan pada Ogos ini.

“Walaupun pertuduhan sudah dibuat, namun SPRM masih meneruskan siasatan dan kali ini sedang berusaha mendapatkan keterangan serta dokumen dari luar negara.

“Jadi saya berpendapat SPRM perlu diberi ruang untuk menjalankan siasatan mereka seperti diperuntukkan oleh undang-undang,” katanya kepada BH.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Transparency International Malaysia (TI-M) semalam yang menggesa kerajaan menjelaskan masalah dihadapi membabitkan kapal LCS berikutan terdapat beberapa persoalan tadbir urus dan ketelusan yang masih tidak terjawab.


Katanya, walaupun kerajaan memberi jaminan akan menyelesaikan isu berkenaan, sehingga kini tiada tindakan diambil bagi menangani pelbagai persoalan dibangkitkan dan membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.

Ahmad Rosli, berkata apa yang sedang dilakukan SPRM tidak dapat didedahkan kepada umum kerana siasatan yang dijalankan agensi itu dibuat secara tertutup.

“Yang penting mereka menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan,” katanya.

Sebelum ini, Ahmad Ramli, 78, mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan pecah amanah yang dikenakan terhadapnya selepas dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Suzana Hussain.

Beliau didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dipenjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih daripada 20 tahun dan dengan sebat serta denda.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori